Feb 8, 2009

Gugur kandungan sebelum 4 bulan

Salam

saya ingin bertanya kepada panel al ahkam tentang situasi seorang perempuan yang sudah kelewatan waktu haidh selama 4hari , kemudian dia menggunakan alat utk memeriksa kehamilan dan ternyata ianya positiv..dalam masa yang sama dia dan suami ingin merancang kehamilan , jadi selepas itu dia memakan nenas utk membolehkannya period seperti biasa..apakah hukum ini?adakah ia dianggap menggugurkan kandungan?

apakah takrif menggugurkan kandungan?adakah setelah janin terbentuk baru dikira gugur ataupun segumpal darah pun dikira gugur.

***********************
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

Bismillahi wal hamdulillah ,

Berdasarkan kepada situasi yang disebutkan oleh saudari , maka hukumnya adalah tidak mengapa dan ianya tidak dianggap sebagai menggugurkan kandungan.Ini kerana pada peringkat itu yang mana usianya mungkin sekitar 1 atau 2 minggu janin masih lagi tidak terbentuk, berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud ra :

إِن أحدكُم يُجمع خلقه فِي بطن أمه أَرْبَعِينَ يَوْمًا نُطْفَة ، ثمَّ يكون فِي ذَلِك علقَة مثل ذَلِك ، ثمَّ يكون فِي ذَلِك مُضْغَة مثل ذَلِك ، ثمَّ يُرسل الْملك فينفخ فِيهِ الرّوح

Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani , kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari) , kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut juga , Kemudian diutuskan kepadanya malaikat , maka ditiupkan ruh padanya...........

(HR Imam Bukhari : 3036 , Imam Muslim : 2643)

Hadis ini adalah sebuah hadis yang panjang dan hadis ini juga direkodkan oleh Imam Nawawi dalam hadis 40 nya iaitu hadis ke 4.

Berdasarkan hadis di atas , ruh akan ditiupkan kepada janin yang berada dalam perut si ibu ketika usianya 4 bulan.Manakala sebelum 4 bulan janin tersebut tidak bernyawa apatah lagi jika usianya baru 1 atau 2 minggu.

Kebanyakan ulama menghukumkan bahawa menggugurkan kandungan sebelum tempoh 4 bulan beserta dengan alasan yang kukuh adalah dibolehkan.Manakala selepas 4 bulan majoriti ulama mengharamkannya kecuali dalam satu keadaan , iaitu sekiranya janin tersebut jika dilahirkan akan mengancam nyawa si ibu.Ini kerana dalam hal ini nyawa ibu lebih diutamakan.

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Secara kesimpulannya , menggugurkan janin sebelum peniupan roh ini terbahagi kepada 3 pendapat :

Pertama :

Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya boleh. Bahkan sebagian dari ulama membolehkan menggugurkan janin tersebut dengan obat. ( Hasyiat Al Qalyubi : 3/159 ) Pendapat ini dipelopori oleh para ulama dari madzhab Hanafi, Syafi’I, dan Hambali. Tetapi kebolehan atau keharusan ini disyaratkan adanya keizinan atau kerelaan dari kedua orang tuanya,( Syarah Fathul Qadir : 2/495)

Kedua :

Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya makruh. dan apabila sampai pada waktu peniupan ruh, maka hukumnya menjadi haram. Dalilnya bahwa waktu peniupan ruh itu tidak diketahui secara pasti, maka tidak boleh menggugurkan janin jika telah mendekati waktu peniupan ruh , demi untuk berhati-hati / berjaga-jaga . Pendapat ini dipegang oleh sebagian ulama madzhab Hanafi dan Imam Romli yang merupakan salah seorang ulama dari madzhab Syafi’I . ( Hasyiyah Ibnu Abidin : 6/591, Nihayatul Muhtaj : 7/416 )

Ketiga :

Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya haram. Dalilnya bahwa air mani yang masuk ke dalam faraj wanita itu telah tertanam dalam rahim dan telah bercampur dengan ovum wanita sehingga dikatakan telah bersedia untuk menjadi satu jenis / spesis kehidupan, maka menggugurkannya adalah merupakan satu tindakan kejahatan . Pendapat ini dianut oleh Ahmad Dardir , Imam Ghozali dan Ibnu Jauzi ( Syareh Kabir: 2/ 267, Ihya Ulumuddin : 2/53, Inshof : 1/386)

WA

1 comments:

Anonymous said...

ibu sya prnah mggugurkan kandunganny dgn sbb x berani mgambil risiko untuk melahirkn anak yg istimewa seperti kakak sy yg menghidap sindrom down. selain itu ibu sya brbuat demikian krna dy brasa x mmpu mnjga janin tsebut dgn baik kerana kakak sya memerlukan perhatian penuh ibu sya ktka itu. adakh sbb ini boleh diterima sbgai sbb yg munasabah?

Post a Comment