Quote:
3 hadith di dalam hal ini (spt dlm link di atas), wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dgn tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.
bagaimana pula dengan inai yang berukir2? (seperti yg dilakukan dlm adat hindu, esp semasa hari perkahwinan) pemakaian inai yg berukir ni semakin menjadi trend muda mudi skrg, bukan shj dipakai semasa perkahwinan.
Adakah memakai inai yg berukir ini dikira sebagai bertabarruj??krn pd pendpt saya, inai yg berukir ini menarik perhatian lelaki..
mohon pandangan dr panel ahkam..
syukran
***************************
thtl
alJawab:
Inai atau Henna ini termasuk zinah atau perhiasan yang harus bg perempuan. Dalilnya: ayat AQ
" dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak daripadanya." AQT 24: 31
Kata Ibn Abbas, pakar rujuk tafsir no 1, perhiasan yang biasa nampak dan boleh dizahirkan ialah gelang, celak dan inai hingga separuh lengan."
Siddiq Hasan Khan, Naylul Maram min Tafsiril Ahkam, tafsir surah anNuur
jadi orang perempuan dibolehkan menzahirkan perhiasan yg sudah biasa dizahirkan dan menjadi kebiasaan wanita, spt celak, gelang dan memakai inai hingga separuh lengan.
Mengenai dakwaan anda mengenai fenomena inai berukir dan unsur tabarruj, ia mungkin benar jika tujuannya bukan spt kebiasaan wanita dan ada unsur tabarruj.
sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment