Jan 27, 2009

Tinggal serumah dgn adik perempuan

Assalamualaikum wbt

Saya ada beberapa soalan yg ingin dikemukakan but 1stly saya mohon maaf sekiranya soalan ini berulang. Saya dah pun check dan search kot2 soalan ini telah dikemukakan tapi tak jumpa. So saya assume takde sesapa lagi bertanyekan soalan macam nie.

1- Apakah hukumnya seorang abg tinggal serumah dgn adik perempuannya? Of course tinggal di bilik berasingan tapi dlm satu rumah. Misalnya tinggal di rumah peninggalan kedua ibu bapa. Adakah ini dianggap sebagai sumbang mahram?

2- Adakah pihak majlis agama Islam di Malaysia akan membuat serbuan sekiranya seorg abg dan adik perempuannya tinggal serumah. Misalnya seorg abg dan adik perempuannya baru berpindah ke KL and duduk serumah. Rumah tersebut adalah rumah flat yg kebanyakkan penghuni2 flat tersebut jarang bertegur sapa dgn jiran. Jiran2 sebelah rumah buat report kat majlis agama dan mereka melakukan serbuan.

Diharap pihak panel al-ahkam dptlah kirenye memberi jawapan terbaik bagi persoalan diatas.

Wassalamualaikum

* Adik perempuan tersebut adalah insan istimewa kerana panca inderanya tidak selengkap manusia2 yg lain.

****************
thtl

Wassalam

Jawab

1. Tidak ada larangan syara' adik-beradik tinggal sebumbung kerana mereka selama ini pun tinggal sebumbung. Cuma akhri-akhir ini realiti di negara kita, kes sumbang mahram (inses) atau hubungan seksual sesama mahram yg semakin meningkat, maka ibubapa sepatutnya berhati-hati dan menyediakan orang ketiga sebagai langkah berjaga-jaga. Orang ketiga itu bisa mungkin makcik (ibu saudara) yg datang menemani mereka. Ini dinamakan kaedah Sadd adzZara'i' atau menutup pintu2 kejahatan dan fitnah.

2. Jika Majlis Agama membuat serbuan pun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa bila memeriksa kad Pengenalan anda dan adik perempuan anda. Ini kerana definasi khalwat dalam pendakwaan ialah lelaki dan perempuan BUKAN muhrim bersekedudukan yg menimbulkan syak untuk melakukan perzinaan. Sedangkan anda adalah adik-beradik.

sekian

th

0 comments:

Post a Comment