jihad4u
Benarkah Imam Syafie membenarkan seorang bapa boleh mengahwini anak hasil zinanya??
Sekiranya ya? apakah dalilnya dan adakah ulama mazhab yang lain bersepakat dgn fatwa ni..
harap somebody dpt memjawab kerana ini solan dari Syiah rawafidh..semoga soalan ni dpat dijawb dgn baik..
JAWAPAN:
izrail
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Jumhur Ulama berpendapat seorang penzina tidak boleh mengahwini anak hasil zinanya.
Berkata Imam Syafie:
وَأَكْرَهُ لَهُ فِي الْوَرَعِ أَنْ يَنْكِحَ بَنَاتِ الَّذِي وَلَدَهُ مِنْ زِنًا
" Aku tidak menyukai (makruh dalam warak) baginya berkahwin dengan anak-anak perempuan yang dilahirkan hasil zinanya " (kitab al-Umm: 5/30)
Sebahagian Ulama Syafie menjelaskan, Imam Syafie memberikan hukum makruh jika ada kemungkinan anak itu bukan hasil dari benih penzina tersebut. Tetapi jika telah dipastikan benihnya maka haram baginya berkahwin dengan anak itu. (al-Hawi al-Kabir, al-Muhazzab & syarahnya, Mughni al-Muhtaj)
Ini dikuatkan dengan kenyataan Imam Muzani yang merupakan anak murid Imam Syafie selepas membawa kata-kata beliau di atas:
وَقَدْ كَانَ أَنْكَرَ عَلَى مَنْ قَالَ : يَتَزَوَّجُ ابْنَتَهُ مِنْ زِنًا
" Dan beliau pernah mengingkari kata-kata orang yang membenarkan seorang penzina mengahwini anak hasil zinanya ". (Mukhtasar al-Muzani: 228).
Kesimpulan: Imam Syafie tidak menyukai dan mengingkari pendapat yang membenarkan penzina mengahwini anak hasil zinanya.
Wallahu a3lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Assalamualaikum wbt. Ustaz
Soalan saya:
1) Bagaimana pula hukumnya bagi seorang isteri yang berzina?
Apakah yang harus dilakukan oleh isteri itu selain daripada taubat nasuha? Dan sekiranya si isteri pergi menunaikan fardu haji bersama2 dgn suaminya (si suami mengetahui perbuatan isterinya dan memaafkan) Adakah segala dosa isterinya terampun?
2) Berkenaan fidyah.
Adakah fidyah tetap dikenakan walaupun dia telah mengantikan puasa (yang disebabkan uzur di bulan ramadhan), tetapi puasa yang digantikan tidak dibuat pada tahun yang sama?.
Berapakah jumlah yang perlu dibayar daripada umur baligh, iaitu 12 tahun sehingga sekarang 32 tahun?
3) Berkenaan Kifarah.
Bagaimana pula hukumnya bagi seseorang yang khuatir tidak dapat melakukan puasa 2 bulan berturut2? Bolehkah dia terus memberi makan 60org fakir miskin?.
Bagaimana pula perkiraannya kifarahnya sekiranya dia tidak dapat mengingati berapa hari yang ditinggalkan dgn sengaja didalam bulan ramadhan bagi tempoh 5tahun? Berapakah yang perlu dibayar bagi tempoh tersebut?
Diharap dapat penjelasan daripada pihak ustaz. Terima kasih.
W'salam
1. Pengakuan berzina sangat merbahaya, jika negara yang menjalankan hukum syarak, hukumannya adalah rejam sampai mati (harus didiamkan dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat).
Bertaubat dengan sebenar-benar taubat, Allah telah memberi jaminan akan diampunkan.
Fardu haji satu kewajiban apalah lagi stelah melakukan dosa besar.
Suami yang dayus tidak melakukan sesuatu juga dilaknat oleh Allah... dalam masa yang sama jika suami memaafkan diikuti dengan taubat adalah juga diterima disisi syarak mengikut dalam alQuran 3:135.
sila baca http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/isteri-mengaku-pernah-berzina.html.
sila rujuk jawapan untuk 2 dan 3 di http://www.soaljawabpuasa.co.cc/. Mohon maaf kerana kesuntukan masa malam2 bulan Ramadhan.
Terima Kasih ustaz atas jawapan yang diberikan.
Minta maaf ustaz, bagi jawapan 2&3 attachment yang diberikan hanya merujuk kpd puasa sunat, ia tidak ada penjelasan berkenaan fidyah & kifarah. Ada dimana2 yang bole saya refer?
ASSALAM.... TLG BERI PENJELASAN, BOLIHKAH SEORANG ANAK SAUDARA LELAKI MENIKAHI IBU SAUDARANYA YG MERUPAKAN BEKAS ISTERI KPD AYAH SAUDARANYA (ABG ATAU ADIK LELAKI AYAHNYA) ? TERIMA KASIH.
W'salam, kenapa tulis huruf besar, marah ke?
tak boleh nikah ibu saudara, dalilnya:
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
ibu-ibu kamu, dan
anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan
saudara-saudara bapa kamu, dan
saudara-saudara ibu kamu dan
anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu, dan
ibu-ibu isteri kamu, dan
anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)
Ustaz, bolehkah kita berkahwin dengan anak tiri isteri kita?
Ustaz, apa hukumnya seks oral - isteri menghisap zakar sumai dan suami menjilat klitoris isteri?
salam ustz,apa hukumnya suami meminta isteri menindik dipusat dan dialat kelamin utk menambahkan ksronokan ketika bersama..??
Post a Comment