Salam
Saya telahpun bertanyakan soalan berikut tetapi dijawap begitu general dan saya berharap agar jawapan yang diberi lebih spefisik mengikut situasi yang diberikan.
Begini, saya merupakan anak sulung dari 4 org adik beradik dan telahpun berkahwin dan adik-adik saya semuanya telah bekerja di mana mak dan ayah sekarang hanya tinggal berdua di rumah di mana bapa pun telah pencen.
Sebelum berkahwin memang menjadi kelaziman bagi saya untuk memberi wang bulanan pada ibu dan belanja adik ala kadar (sebab masa tu masih bersekolah) tetapi bila sudah berumahtangga 5 tahun yang lalu wang bulanan itu telah dihentikan tetapi setiap kali pulang ke kampung, ada saja buah tangan dan wang saku yang diberi pada ibu dan ayah termasuk juga perbelanjaan rumah...
Lagipun memandangkan adik lelaki saya telahpun mengambil alih tugas pemberian wang bulanan kepada ibu dan ayah di mana pada saya memang mencukupi untuk mereka berdua.
Masalahnya baru-baru ini dalam berseloroh ibu menyatakan dah lama tak rasa duit bulanan saya dan saya cuba menerangkan yang saya telahpun berumahtangga dan sedikit sebanyak membantu suami (walaupun gaji suami saya memang mencukupi tetapi pepatah melayu besar periuk besar lah kerak di mana dia terpaksa membayar pinjaman rumah dan kereta, bill air, api, taska anak2, pembantu rumah dan lain jadi gaji saya adalah untuk simpanan (saving) kami sekeluarga dan perbelanjaan saya pinjaman masa belajar, kad kredit dan lain-lain).
Saya menyatakan kepada ibu yang kalau ikut layak lebih layak untuk suami saya memberi ibunya (mak mentua) wang bulanan (sebab dia pun bila pulang ke kampung baru bagi maknya duit). Alasan kedua saya ialah disebabkan ibu dan bapa saya tak perlukan wang tambahan sebab mereka boleh dikatakan 'hidup senang' jadi, wang diperlukan adalah untuk benda lagho, untuk perhiasan diri dsb. Saya lebih fikir yang saya perlu menderma bagi mereka yang betul-betul memerlukan spt tabung Palestin, derma masjid dsb.
Persoalannya:
1. Adakah saya dikira anak derhaka sebab ibu pernah mengatakan yang hutang bersalin (sakit bersalinkan saya pun tak habis lagi) tapi dlm keadaan berseloroh?
2. Salahkah tindakan saya sebab dengan alasan mereka dlm keadaan 'mampu' dan mengelak dari mereka membelanja sakan sebab memang selalu membazir pun?
3. Adakah wajib sebagai anak perempuan yang sudah berkahwin memberi wang saku secara bulanan (tetap) pada ibu dah ayah sebab seperti yang saya nyatakan setiap kali pulang ke kampung saya akan mengeluarkan duit wang dapur dsb lagipun pada saya suami perlu didulukan?
Di harap ada yg boleh membantu dengan jawapan yang berkait dengan situasi saya bersama dalil... Yellow Question
Wassalam
************************
thtl
Wassalam
alJawab:
Kami mengambil masa yang panjang untuk membuka soalan ini dan cuba menjawabnya. Kami tahu ia memerlukan jawapan yang panjang untuk membina satu tasawwur (gambaran) bagaimana indahnya menyintai dan berbakti kepada kedua ibubapa dan ganjaran yang maha hebat menanti si anak yang mendapat keredhaan ibubapanya. Antara kitab2 terbaik dalam pasaran yang memang dapat memuaskan hati anda dan memberi semangat baru supaya anda terus berbakti kepada dua ibubapa ialah:
1. Wahai ibu! Wahai Ayah! oleh Kapten Hafid Firdaus Abdullah, Jahabersa 2006, Harga RM 10.00 (highly recommended)
2. Keperibadian Muslim oleh Syaikh Mohd Ali Hashim dari Mesir, terjemahan Pustaka Salam 1986, RM 6.50
3. Ibubapa dan kaum Kerabat oleh Prof Syaikh Athiyah Saqr, mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Universiti al-Azhar alSyarif Cairo, terjemahan Pustaka Jasmin edisi 2005 RM 17.00
Tiga kitab ini, jika dibaca salahsatunya akan membuka minda dan paradigma anda terhadap ibubapa anda. Ibubapa bukan beban tetapi kunci anda ke Syurga.
Secara ringkasnya, kita dengan ibubapa ni tak usahlah berkira sangat, bahgiakanlah sisa-sisa hidup mereka dengan kebahgiaan. Usianya semakin meniti kepenghujungnya, sekaranglah kalau nak balas budi dan jasa mereka. Kalau dulu mereka mengikat perut untuk menjadikan kita seperti sekarang, apa salahnya kita pula yang melakukan sebaliknya demi kebahgiaan mereka di waktu usia mereka masih ada. Ramai yang menyesal hanya apabila orang tua mereka dah jatuh sakit dan meninggal dunia, barulah mereka mengeluh, "aduhai, kalaulah aku berbakti kepada mereka dengan sebaik-baiknya..." masa itu mengeluarkan belanja utk membina pusara dari marmar atau menjamu manusia sempena majlis tahlilan arwah tidak berguna lagi, malah ia akan mencelakakan pelaku itu sendiri.
menjawab soalan anda secara ringkas:
1) apakah jatuh derhaka bila sang ibu mengeluh dan merintih?
Ya, maksud derhaka di sisi syara' ialah antaranya menyinggung perasaan mereka, tidak memenuhi hajat2 mereka yang makruf (masih dalam batas2 syara') atau membiarkan mereka dalam keadaan tidak kecukupan (HafizFirdaus, Wahai Ibu, Wahai Ayah, jahabersa, ms 26)
2) tindakan anda itu dianggap salah kerana kita sebagai anak tidak boleh melihat dunia kita sama dengan dunia mereka. Harta dan diri kita terdapat hak mereka di dalamnya. Dalil: seorang anak datang mengadu kepada RasuluLlah saw," wahai Rasululah, saya memiliki harta tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku." Sabda baginda: " Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu."(albani, sahih sunan Ibn Majah # 2291) Maka dalam gaji kita itu sudah tertulis hak mereka sebagai ibubapa kita.
3) Memang betul, anda tidak wajib memberi nafkah kepada ibu anda. namun jika anda memiliki harta dan ada gaji sendiri, maka bisa sahaja anda berbakti dan memberi nafkah kepada ibubapa anda. antara sifat orang tua ialah pemberian itu adalah tanda ingat si anak dan tanda terimasih, tanda kecintaan dan betapa si anak yang sentiasa ingin berbakti setulusnya kepada kedua ibubapa ketika mereka meniti usia mereka. bila mereka sudah pergi kita takut kita akan menyesal...
Namun, semua ini dalam batas keupayaan anda. Allah tidakmembebankan seseorang sekadar kemampuannya, jika anda ada sikit, hulurkan sedikit, yang penting ia sebagai tanda ingat dan jadikan ia prioriti anda. Jika seorang anak hulur RM50 seorang, kalau lima anak pakat2 hulur dan RM 250 sebulan...menyuaratkah antara adik beradik...
sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment