Salam
Dari Asma' bertanya kepada Rasulullah SAW, ada suami isteri menceritakan hubungan kelamin kepada orang lain. Dengan muka yang merah Nabi bersabda mereka itu umpama syaitan jantan dan syaitan betina yang bertemu (hubungan kelamin) sambil disaksikan orang ramai.
Boleh tak ustaz2 beri Hadith yang lebih tepat serta hujjah2 tentang amalan menceritakan hubungan kelamin kepada orang lain, supaya setiap mukmin berjaga2 dalam perbualannya serta menjaga amanah suami atau isteri.
--------
Wassalam
Jawab:
Hadis yg lebih tepat ialah versi Muslim dan Abu Daud " Manusia yg paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah seorang lelaki yg melepaskan hajatnya kepada isterinya dan sebaliknya, kemudian masing2 menyibarkan rahsia perbuatan mereka."
Ini termasuk bab adab/akhlak muslim. Kita lihat hari ini, ada segelintir anggota masyarakat yg sampai keperingkat merakamkan adegan seks mereka dan akhirnya jatuh ke pihak ketiga yg mengedarkan dalam bentuk VCD. WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment