Jan 25, 2009

Kena Paksa Berta'liq

Seorang suami yang beristeri dua telah 'dipaksa' oleh isteri keduanya (yang sangat kuat cemburunya) supaya melafazkan cerai ta'liq, di mana jika si suami pulang kepada isteri pertama dan menidurinya maka jatuhlah talaq ke atas isteri kedua tadi. Lafaz ini dibuat secara terpaksa bagi mengelakkan musibah dan mudarat yang lebih besar (isteri kedua tadi akan histeria dan menjadi tidak stabil serta bertindak agresif jika tidak dilafazkan setiap kali sebelum sisuami pulang kepada isteri pertama). Persoalannya:-
i. Jika sisuami tadi meniduri juga isteri pertamanya, adakah akan jatuh talak dengan isteri kedua tadi (dalam keadaan ia dipaksa membuat lafaz cerai ta'liq dan tidak redha).
ii. Haruskah sisuami 'berbohong' (mengaku tidak meniduri isteri pertama) kepada isteri keduanya dan meneruskan tanggungjawabnya terhadap isteri pertama, bagi tujuan untuk mengekalkan terus pernikahan dengan isteri kedua tadi.
iii. Apakah langkah yang paling sesuai diambil oleh sisuami jika perasaan cemburu isteri kedua terhadap isteri pertama masih menebal dan sisuami terus menerus 'dipaksa' utk membuat lafaz cerai ta'liq setiap kali ia ingin pulang ke rumah isteri pertama.

*****************************
thtl

Jawab

Pertama: Ini suatu yg jarang-jarang berlaku! Selalunya lelaki yg mampu beristeri DUA adalah jantan lagi macho dan tidak semudahnya dia boleh dibuli oleh isterinya. Ini kerana prosedur perkahwinan ke dua itu di Malaysia adalah dengan keizinan isteri pertama. Sepatutnya bila isteri pertama meredhainya, maka tidak timbul soal giliran dan hubungan seks. memberi izin dan kemudian mendera suami dgn menegahnya mengadakan hubungan seks akan diketawakan oleh masyarakat dan boleh membawa pada DAYUS

Kedua: Lafaz Ta'aliq ini hanya sah menurut jumhur dengan lafaz dari pihak suami tanpa ada unsur paksaan dari mana-mana pihak. Dalam Islam jika ada unsur terpaksa, maka ia gugur dgn sendiri.
Dalil:
Dari Ali bin Abu Thalib ra
"Diangkat (hukum) dari kalangan umatku kerana tersalah, terlupa dan terpaksa." Riwayat ashab Sunan (misalnya Sunan Abu Daud, kitab alHudud # 3825)
Seterusnya hukum lafaz ta'aliq ini adalah Khilaf Fiqhi, Syaikhul Islam Ibn taymiyah dan madzhab Zahiri adalah penentang lafaz ta'aliq. Syaikh Syaltut , mantan Rektor alAzhar juga menetapkan lafaz ta'aliq tidak sah.

Ketiga: Lafaz Ta'aliq hendaklah dilafazkan kepada orang yg berkenaan. Jika suami dgn isteri pertama sahaja, ia tidak melibatkan isteri kedua.

Keempat: Berbohong dibenarkan untuk mendamaikan hubungan keluarga (suami-isteri) jika perlu:
Dalil:

Dari Ibn Syihab," aku belum dengar Nabi saw memberi keringanan utk berdusta kecuali dalam tiga hal: dalam perang, mendamaikan yg berselisih dan ucapan suami utk menyenangkan isterinya." (HR Muslim 4/2011, alAzkar anNawawi no 324) sekian

2 comments:

Anonymous said...

saya mengandung 7 bulan. sejak awal perkahwinan saya suami tidak memepercayai saya dan dia telah memaksa saya bersumpah yang berbunyi jika sumpah saya tidak benar maka akan jatuh talak satu ke atas saya. Saya telah bersumpah tetapi tidak benar kerana saya berniat saya ingin menjaga dan memperbaiki hubungan rumah tangga saya.dalam masa mengandung ini dah 3 kali suami menyuruh saya bersumpah, saya terpaksa berbohong untuk menjaga keharmonian rumah tangga. walaupun sudah bersumpah tetapi suami masih tidak mempercayai saya.

1)jika isteri yang bersumpah, adakah ini juga dikenali sebagai cerai takliq dan adakah jatuh talak


2) apakah hukumnya bersumpah tapi terpaksa berbohong dengan niat untuk selamatkan rumah tangga

3) adakah sah rujuk sekiranya jatuh talak tetapi kami telah bersama dalam masa idah tanpa lafaz rujuk

mohon penjelasan

Anonymous said...

salam. dalam masa 3 bulan suami saya telah memaksa saya bersumpah untuk mengembalikan kepercayaannya setelah satu tahun kami berumah tanggga. tetapi saya tidak menyatakan kebenaran dalam erti kata lain sya telah menipu untuk menyelamatkan rumah tangga kami.
dalam sumpah ada dinyatakan jika saya menipu dalam sumpah maka akan jatuh talak ke atas saya

adakah talak telah jatuh ke atas sya tetapi suami tidak menetahui saya teah menipu

adakah talak akan berganda jika saya telah bersumpah sebanyak 3 kali dalam masa tiga bulan

selepas kejadin suami ada menyatakan, walau apapun saya tetap iaterinya. adakah itu dikira lafaz rujuk.

kami juga telah beberapa kali bersama adakah telah bersama dianggap rujuk dan adakah sah rujuk dengan perbuatan tanpa lafaz rujuk

mohon penjelasan segera. terima kasih

Post a Comment