Jan 25, 2009

Hukum bantu orang bercerai

Salam,

Saya nak tahu apa kah hukum, kalau kita bantu orang (wanita) itu bercerai.

Dalam kes ;

1. Kalau isteri di tinggalkan suami.
2. Atau isteri lari dari suami.

Sebab saya ada dengar satu cerekarama, yang mana saudara kita ini telah berkenaan pada seorang wanita, yang kemudiannya baru mengetahui bahawa wanita ini masih bersuami tapi tidak tinggal bersama.

Saya minta maaf sebab saya tidak ada info pasal kisah suami isteri ini dan berapa lama perpisahan itu berlaku.

Tapi masalahnya , saudara ini telah terlalu cinta pada wanita ini, sampai telah membawa kes ini ke MSyariah untuk process penceraian kerana nak bernikah.

So, apa hukumnye. Ramai orang kata berdosa kerana kita telah merobohkan masjid orang !!!!!! (tambah pulak ramai kenalan tak setuju dgn berhubungan saudara ini sebab dia masih bujang dan wanita tu pulak lebih tua usianye).

Sekian,

Wassalam.

**********************
tytsezh
Panel Feqh

Assalamualaikum,

Saya tidak menjawab secara direct apa yang ditanya kerana ianya memerlukan pemjelasan yang lebih terperinci serta fakta-fakta yang lebih detail.Cumanya disini dibawakan hukum memberi keterangan atau kesaksian secara am.

Kaedah am dalam Islam ialah keterangan atau kesaksian terhadap sesuatu kes hendaklah ditunaikan atau diberi oleh seseorang apabila diminta.Dalam al-Quran dalam Surah al-Nisa` 135 ada menjelaskan mengenainya.

Ibnu Abbas berkata,menyembunyikan kesaksian itu adalah satu dosa(lihat al-Syirazi dalam al-Muhazzab jil 2 hlm 342).

Al-Baqarah ayat 282/283 juga menjelaskan tentang perkara tersebut.

Ulamak Fiqh sependapat mengatakan dalam kes bukan hudud,memberi kesaksian adalah fardhu kifayah.Ianya menjadi fardhu ain jika tidak ada seseorang yang lain memberi kesaksian,kerana hak atau kepentingan itu tidak sempurna atau tercapai melainkan jiak ia memberi keterangan atau kesaksian)Lihat Ahmad Fathi Bahnasi,Nazariyat al-Ithbat 1962 hlm 16).

Dalam kontek hari ni,jika diminta oleh pihak-pihak atau di sepina oleh mahkamah,maka orang berkenaan perlu hadir demi menerangkan yang hak dan bagi memudahlkan mahkamah mencapai keadilan.Jika kegagalan menghadirkan diri setelah di sepina satu waran boleh dikeluarkan bagi menangkap saksi yang enggan itu.

Kalaulah seorang isteri yang sudah lama ditinggalkan atau dipukul membuat tuntutan taklik..maka apakah wajar orang yang membantunya (memberi kesaksian dihukum sebagai peruntuh masjid)??WA

0 comments:

Post a Comment