salam..
tumpang tanya sheikh.. jika seorg non-muslim mengucapkan kalimah syahadah tanpa niat memasuki islam iaitu sekdar ungkapan biasa @ saja2, apakah status agama mereka? adakah mereka yang mengucapkannya akan terus dianggap sudah islam? bagaimana ulama' salaf melihat hal ini?
sekian..
_________________
Farhan_Salim
Ahli Majlis Fatwa
Assalamualaikum....Tumpang lalu MOD sekalian..
Menyebut Syahadah oleh non muslim tanpa niat untuk masuk Islam , tidak menyebabkan seseorang itu masuk Islam.
Ini kerana Imam Nawawi menukilkan dalam Al-Majmu' : Antara syarat keislaman seseorang itu diterima dan sah disisi Islam ialah , ucapan 2 kalimah syahadah dengan niat untuk masuk Islam SERTA orang yang mengucapkan syahadah itu mestilah YAKIN dengan Islam dan bertekad mahu meninggalkan segala perbuatan syirik semasa sebelum Islamnya.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment