Jan 22, 2009

Hukum Menutup Muka (Purdah)

Hadits Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua telapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam ‘Al-Mushannaf’.

Para ulama dari kalangan ‘As Salafus Shalih’ dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lain-lain mengatakan bahwa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

“Ertinya : Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”


persoalannya..adakah mazhab hanafi mmbnrnkan perempuan memakai burdah...dan mazhab syafi'e mencegah??
boleh trg kan??

****************************
al-Jawab:

Pendapat Hanafiah:

Kitab induk mereka, "bada'iy al-sana'iy, jld 5, kitab al-Istihsan, al-Kasani, sulthan al-ulama, menjelaskan dibolehkan membuka wajah dan dua tapak tangan bagi wanita dan al-Hasan melapurkan Imam Abu hanifah dalam satu riwayatnya membolehkan membuka kaki. Jadi dalam madzhab hanafi, tidak perlu berniqab

Pendapat Syafi'iyah:

kitab induk ialah al-Muhadzab. Imam Nawawi dalam syarh alMuhadzab, (3/173) menjelaskan aurat wanita di sisi madzhab syafi'iy ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tangan hingga ke pergelangan. Imam kami , Imam al-Muzani pula menetapkan kaki wanita bukan aurat.

Maka jelaslah pendapat Hanafi dan syafi'iy yg asal dan lebih sahih ialah wanita terbuka wajahnya. bahkan kaki wanita menurut salah satu pendapat dalam madzhab masing-masing (al-Hasan dan al-Muzani)

sekian
thtl/panel fiqh AFN

******************************
1. isu, apakah kaki adalah aurat wanita.

Yes, jumhur mmg kata kaki adalah aurat, cuma salah satu pendapat dalam Hanafi, dan pendapat al-Muzani dlm madzhab Syafi'iy. so, pendapat SIS itu adalah benar kerana itulah takrifan Jumhur. Bagi mereka yg memilih utk membuka kakinya, masih ada qaul minoriti dan kebetulan dia mmg perlu membuka kakinya kerana sebab2 tertentu.
bagi yg wanita yg berkaki cantik, mmg pada ana sendiri pun mmg tergoda...

2. isu merapikan kening. Juga khilaf kerana atsar dari Aisyah yang menyuruh seorang pengantin dibuang lebihan bulu pada mukanya. kemungkinan mereka menggunakan atsar tersebut dan kalau tersilap apply, boleh termasuk dalam merubah ciptaan Allah yakni merubah kening wanita...jadi kena ada demarcation di antara membuang lebihan bulu pada muka dengan merubah kening dan melentikkannya...Lelaki pun boleh merapikan dan trim bulu2 pada mukanya...
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

0 comments:

Post a Comment