Dec 22, 2008

Lanjutan Dari Anak Luar Nikah

Salam

Syukran jazilan kepada ust thtl kerana jawapan yang diberikan (walaupun sedikit berlaser) :smirk:

Daripada hari awal saya kemukakan soalan itu, hampir setiap hari saya surf website al-ahkam ini, kalau-kalau ust telah menjawab soalan saya itu.

Baiklah, berikutan dgn jawapan ust thtl itu, saya ingin bertanyakan suatu perkara lagi.

Adakah ini menunjukkan bahawa Islam membenarkan perbuatan "zina" sebelum kahwin bagi memastikan pasangan perempuan mampu melahirkan anak, seperti mana yang sekarang ini always dipractice oleh remaja-remaja barat?

Sekarang ini di Malaysia, remaja-remaja Melayu (bagi saya better guna melayu then Islam) khususnya semakin lama berani mengikut budaya barat ini.

Minta pandangan ustaz-ustaz al-ahkam.

Wallahua'lam
Wassalam

Tambahan kepada tulisan saya. Saya ingin menceritakan pengalaman saya merawat pesakit saya (hamil akibat zina).

Some of them ade yang berhujah menggunakan hujah tempoh mase 6 bulan itu kerana mereka tahu bahawa tempoh memgandung adalah normally 9 bulan lebih. Jadi mereka berkata "tidak kisah jika mengandung sebelum aqad nikah, kerana anak tersebut tetap akan berbinkan kepada pasangan lelakinya jika mereka kahwin dan melahirkan anak itu selepas tempoh 6 bulan."

Inilah hujah mereka. Saya kemudian tanya bagaimana pulak dengan masalah lahir awal nanti dan pandangan keluarga. Maka mereka mengatakan " Kami akan beritahu yang anak tersebut adalah pre-mature birth (pre-mature baby)."

Wallahua'lam

Wassalam

Komentar:

Saya memohon ma'af jika ada sedikit kelaseran kerana ia bukanlah disengajakan dan JKK kerana kesungguhan anda surfing website Ahkam namun archive kami agak tidak tersusun menyebabkan sukar bagi anda mengesan soalan2 yg sudah dijawab sebelum ini.

Mengenai maklumbalas anda bahawa pendapat Syafi'iyah boleh mengundang merebaknya zina. Kita akui itulah maklumbalas madzhab Hanbali. Dalam fiqh, memang begitu, ada madzhab yg keras dan ada madzhab yg nampak lembut. Jika dalam isu taharah, Syafi'iyah begitu ketat, tapi dalam isu ini Syafi'iyah nampak longgar dan mempermudah.

Tapi tidak benar mengatakan zina akan merebak hanya dgn ada peraturan ini. Maksud peraturan Syafi'iyah ini ialah mereka hanya menetapkan rukun2 nikah itu terhad pada perkara umum sahaja:

a. Sighah (ijab-qabul)
b. calon suami
c. calon isteri
d. wali
e. saksi

Pada calon isteri, Syafi'iyah tidaklah mensyaratkan mesti disiasat kandungannya atau apakah ia masih ada virginity (dara). Begitu juga status wali dan saksi, menjadi suatu kesulitan utk menyiasat taraf adil wali dan saksi. Pendaftar nikah akan menikahkan mana-mana pasangan yg bermohon bernikah tanpa menyiasat latarbelakang dan statusnya kecuali ada bantahan dari mana-mana pihak yg berhak dgn satu syarat tambahan yakni sudah mendapat Sijil Kursus Nikah.

Merebaknya zina dalam masyarakat bukanlah salah enakmen hukum syara' sahaja. Ia adalah gabungan banyak faktur. Terlalu luas utk dibahaskan di sini. Ini kerana kita tidak mahu jadi sindrom Bangau Oh Bangau. Kejatuhan dan kelemahan umat Islam hari ini dan merosotnya akhlak mereka disebabkan oleh faktur2 yg fundamentals dan boleh dibahaskan dalam tajuk yg lain.

Tapi dalam madzhab Hanbali, memang diakui bahawa jika pendaftar nikah tahu perempuan itu hamil sebelum nikah, pernikahan itu ditangguhkan sehingga ia bersalin dan rahimnya suci. Masaalahnya apakah pendaftar nikah tahu akan hal ini?
WA

Tambahan:

Nampaknya sdr Idzham ni MD lah. Jika orang yg berzina itu tidak risau kerana terlanjur dan hamil pun tak apa sebab anak masih boleh daftar. Ini petanda mereka itu telah rosak tasawwurnya. Tasawwurnya bukannya besarnya dosa zina itu tapi jika berzina-hamil, Islam masih beri ruang utk daftarkan anaknya itu.

nasihatilah patients anda, bahawa isunya bukan masalah nak daftar anak. Isu yg paling besar ialah apakah anda boleh daftar menjadi ahli syurga. Anak yg dilahirkan itu bersih dan tidak berdosa. Jika dia dibin kepada ayahnya atau kepada salah satu nama Allah itu soal yg tidak perlu dirisaukan. Yang menjadi isu yg paling besar, apakah dia menyesali dosanya?

Jika penzina ini tidak tahu besarnya dosa zina, ini menunjukkan satu negara itu sedang menuju kepada krisis nilai yg serius. Ini perlu di lihat kpd institusi keluarga, sosial, politik, tunjang agama dan perundangannya (civil atau hudud) dalam sesebuah negara itu. Jika patients yg anda rawat itu boleh mengeluarkan statements begitu, ia adalah simptom yg sudah menjadi kanser yg amat serius. Dalam hal ini ia bukan salah enakmen hukum syara' shj. WA

Salam

Mintak izin dari Ust zain ys, Syeikh THTL dan Ust Pendekar. Bawah ni ana sertakan dua ayat al-Quran yg ada hubungkait dgn permasaalahan yg ditimbulkan :

1- Dari surah al-Ahqaf ayat 15

"...... وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً "

"Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada kedua Ibu dan Bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah juga. MASA MENGANDUNGNYA SAMPAI MENCERAIKANNYA DARI SUSUAN 30 BULAN LAMANYA...................."

2- Dari surah al-Baqarah ayat 233

".......وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ "

Para Ibu itu menyusukan anak-anak mereka 2 TAHUN GENAP, bagi org yg menghendaki utk menyempurnakan tempoh susuannya."

Ini bermakna .....

Tempoh mengandung dan tempoh susuan = 30 bulan.
Seawal2 tempoh mengandung yg diiktiraf oleh al-Quran pula ialah..

30 bulan tolak 24 bulan (tempoh susuan - al-Baqarah ayat 233) = 6 bulan.

Bagi saya Hukum ini sama sekali tidak menjadi sebab berleluasanya perbuatan zina. Sebenarnya hukum ini menyelamatkan Pasangan Muslim lain yg pendek masa kandungannya dari difitnah oleh masyarakat.

Larangan zina pula disebut pada ayat al-Quran dan al-Hadith yg lain.

Kita pula tak payah teruk2 nak pi check mana2 pasangan yg singkat tempoh kandungannya. hukumlah secara zahir berdasarkan ayat al-quran tersebut.

wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment