Mohon tunjuk ajar dari ahli panel...
1) Isteri ana mengandung 9 bulan, dan beberapa ustazah dan adik beradik ana sering menasihatkan zaujah untuk mengamalkan kaifiat air selusuh, iaitu air yg dibaca beberapa ayat daripada ayat2 alquran dibuat selepas solat hajat. Air ini harus diminum dan disapu pada perut, moga dengan izin Allah proses bersalin akan dipermudahkan Allah.
Soalan ana, apakah ada riwayat tentang air selusuh ini? Dan kalau tidak, apakah hukum mengamalkannya, ia mungkin boleh dilihat sebagai ikhtiar tetapi, dengan mengamalkannya tanpa ajaran dari rasulullah ia juga boleh dikira bid'ah. Mana satu yg benar?
2) Bagaimana pula dengan mengamalkan surah maryam dan yusuf bagi org2 mengandung, adakah dari ajaran rasulullah?
Jazakallah
*****************************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Pertama-tamanya, kami ingin memohon ma'af banyak2 kepada sdr elfadhil kerana lambat menjawab soalan ini. Rasa2nya anak anda sudah berusia 5 bulan? Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar yang kami faham, Insyaallah.
a. Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan 'ibadat' atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari segi content amalan tersebut seperti do'a agar kelahirannya mudah dengan bacaan2 yang tidak menyanggahi syara'; seperti TIDAK melakukan tawassul kepada Fatimah, 'Aisyah, Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma' wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan2 tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan. Apa-apa hal pun, kena tengok kepada contentnya untuk mendapat kepastian.
b. Mengenai bacaan surah Maryam dan surah Yusuf semasa wanita mengandung juga tidak ada riwayat yang sahih dari Nabi saw. Bacalah mana-mana surah dari al-Quran kerana kesemuanya adalah baik! Tidak banyak ayat-ayat didalam al-Quran mempunyai fadhilat2 tertentu, sehinggalah periwayat dusta Maryam bin Noh telah me-reka cipta fadhilat2 keatas semua surah2 didalam al-Quran (kononnya dengan alasan yang baik). Banyak diantara hadith2 yang mempunyai fadhilat2 ini merupakan hadith-hadithnya bertaraf dhaif(lemah) atau mawdhu'(palsu). Ada beberapa hadith2 sahih yang menceritakan tentang fadhilat surah2 seperti al-Fatihah, al-Baqarah, Aali-Imran, membaca al-Kahfi pada malam Jumaat dan 10 ayat awal, al-Mulk, al-Mu'auzatain, dsb.
Satu lagi yang mungkin baik diambil contoh adalah wanita hamil yang hampir hendak bersalin, elok juga mengamalkan makan TAMAR MASAK/Ruthab (kurma) agar dia akan sentiasa tenang sebagaimana yang berlaku kepada Mariam, sepertimana firman Allah swt :
فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنْتُ نَسْيًا . فَنَادَاهَا مِنْ تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا . وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا . فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا.
"(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita (wahai Mariam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.[Surah Maryam 23-26]."
--------
wallahu'alam.
Sekian wassalam.
Rujukan
1. Fatwa Islam Online. فضل سور القرآن. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620346
0 comments:
Post a Comment