Jan 20, 2009

Isteri Memohon Cerai

Saya ingin bertanya soalan.Apa yang saya tahu adalah berdosa besar apabila seorang isteri meminta cerai(tdk masuk syurga)dari suaminya.Saya sebagai isteri kedua dan suami tdk berlaku adil terhadap saya.sering mambezakan dan sentiasa mendahulukan isteri pertama sehingga sanggup tdk balik kerumah saya berminggu lamanya sedangkan hari2 pulang kerumah isteri pertamanya.Selain itu dia juga takut/mengikut kata isteri pertamanya.Perkahwinan kami adalah di luar pengetahuan isteri pertamanya. Tujuan kami kahwin adalah utk megelakkan diri dari terjerumus kelembah hina tetapi akhirnya saya menjeruk rasa disbbkan ketidak adilannya.soalan saya :

1)Saya sering menyuarakan ketidakpusan hati saya dan meminta hak saya ditunaikan.akibatnya pergaduhan berlaku krn suami saya ingin menjaga serta tdk mahu melukakan hati isteri pertamanya.berdosakah saya sbg seorang isteri? saya cuma meminta hak saya.Tdk lebih dari itu.suami saya juga tdk boleh bertolak ansur dgn saya dalam perkara ini.

2)Berdosakah saya sekiranya meminta cerai darinya kerana tdk tahan dgn keadaan tersebut dan mencari org lain sebagai pengganti?saya cuma mahu suami yang bertanggungjawab dan dpt menjaga saya.utk pengetahuan tuan , kami belum mempunyai anak.

Harap tuan boleh beri penjelasan .

*****************
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Puan Melati yang mengemukakan soalan di atas . Dan terima kasih juga kepada moderator kami , Saudara Jawana yang memberikan gambaran mengenai prosedur jabatan guaman di dalam mengendalikan kes seperti ini .

Memang benar terdapat beberapa hadis yang sahih bersumber daripada Baginda Rasulullah s.a.w yang melarang seseorang wanita itu meminta talaq ( diceraikan ) daripada suaminya . Di antara hadis tersebut ialah :

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلَاقَ مِنْ غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ

Ertinya : Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : “ Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya TANPA ADA SEBARANG SEBAB YANG MENDESAK , maka haramlah baginya ( wanita itu ) mencium bau syurga “~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rh di dalam musnadnya ( 5 / 277 ) , Al-Imam Abu Daud ( 2 / 2226 ) , Al-Imam at-Tirmizie rh ( 3 / 1187 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 1 / 2055 ) , Al-Imam Ibnu Hibban rh ( 6 / 191 Ihsan ) dan Al-Imam al-Hakim rh di dalam Al-Mustadrak ( 2 / 2002 ) . Al-Imam at-Tirmizie rh mengatakan hadis ini berstatus HADIS HASAN , manakala Al-Imam al-Hakim rh pula mengatakan ia berstatus HADIS SAHIH MENURUT SYARAT al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh , dan ia disokong oleh Al-Imam az-Zahabi rh serta dianggap sahih oleh Syeikh al-Albani rh ( Sahih al-Jamie’ as-Soghir : 1 / 2706 ) .


### Yang jelas daripada hadis di atas , wanita yang tidak akan dapat mencium bau syurga ialah wanita yang memohon cerai ( talaq ) daripada suaminya TANPA ADA sebarang sebab-sebab yang dibenarkan syarak . Contohnya : Si isteri meminta cerai kerana suaminya sudah tidak mampu lagi berlaku adil , ataupun kerana sudah tiada lagi cara untuk mendamaikan hubungan di antara suami-isteri , ataupun di sebabkan si isteri sudah mula membenci suaminya hinggakan tidak lagi mampu melayan suaminya sebagaimana layanan yang patut diberikan oleh isteri kepada suaminya .

### Daripada hadis di atas dan masalah yang puan kemukakan , maka tindakan puan meminta cerai daripada suami puan adalah SATU PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH SYARIAT ISLAM . Dan ia dibenarkan oleh syariat Islam lantaran sesebuah kehidupan rumah-tangga itu MESTILAH diasaskan di atas perasaan saling bertanggung-jawab ke atas pasangan masing-masing dan apabila sifat itu sendiri sudah tiada pada salah-seorang daripada mereka ataupun kedua-dua , maka sudah tentu tiada ertinya lagi hidup bersama sebagai sepasang suami – isteri .

### Dan sebagai mana seseorang lelaki itu dibenarkan menceraikan isterinya yang nusyuz ( derhaka ~ menurut pandangan syariat ) , maka begitulah juga dengan si isteri yang boleh memohon diceraikan apabila berhadapan dengan situasi sebagai mana yang puan nyatakan di atas .

### Kalaulah TIDAK BOLEH LANGSUNG menceraikan isteri secara talaq dan jika TIDAK BOLEH LANGSUNG si isteri memohon cerai secara fasakh ataupun khuluk ( sebagai mana ajaran Kristian ) , maka apalah ertinya Allah Ta’ala membenarkan talaq ( cerai ) itu dilakukan di kala sudah tiada lagi jalan untuk berdamai ataupun hidup bersama ? .

### Namun , sebelum puan mengambil keputusan yang nekad itu , silalah fikirkan kembali semasak-masaknya dan cubalah lagi cari jalan penyelesaian . Di samping bermohon kepada Allah Ta’ala agar suami puan kembali ke pangkal jalan dan dapat melaksanakan tugasnya dengan baik sebagai seorang suami misali .

Mudah-mudahan Puan Melati sentiasa diberikan petunjuk dan pimpinan Ilahi dan semoga Allah Ta’ala sentiasa memberikan kita petunjuk-Nya di dalam segala perkara yang diredhai-Nya . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN


1 ~ AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh .
Jilid 2 , Hadis : 2944
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz , Riyadh

2 ~ FAIDHUL QADIR SYARH AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Abdul Rauf al-Manawi rh
Jilid : 3 , Hadis : 2944 , Halaman : 178
Terbitan : Darul Kutoob al-Ilmiyah , Beirut

3 ~ Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf , Mesir }

6 comments:

syah reza 1641 said...

1-apakah hukum seorang isteri yg sering minta cerai dissbkan pengaruh keluarganya
2- apakah hukum isteri menghalau suami dari rumahnya dgn alsan tidak mahu dan menanggap suaminya lagi...
3- apakah hukum seorang isteri sering abaikan zahir dan batin suami....
4- jika seorang isteri minta cerai dan suaminya tidak mahu lepaskan disbbkan alasan yg tk masuk akal ...apakah yg perlu dilakukan oleh suaminya yg telah buntu dan jiwa kacau dissbkan isterinya telah menyiksa jiwa dan perasaan suaminya...

Anonymous said...

salam saya ingin bertanya suami saya ada perempuan lain dan beliau berhajat untuk berkahwin dengan perempuan itu dan beliau mengatakan bukan dalam masa terdekat ini untuk menikahnya kerana suami saya masih banyak hutang yang perlu diselesaikan. Masalahnya suami saya dan perempuan itu bagai tidak boleh dipisahkan dan saya sebagai isteri tidak mampu untuk menerima poligami ini kerana saya tahu kemampuan suami saya dan beliau juga bukan org yg kuat agamanya..... bagaimana adakah berdosa jika saya memohon cerai dari suami saya... sedangkan dimasa ini saya yang banyak menanggung perbelanjaan dirumah dan anak-anak.

Anonymous said...

salam saya ingin bertanya,sejak berkahwin,saya dan suami sering kali berlaku pertelingkahan..Kami mempunyai seorang anak yang baru berusia 9 bulan dan usia perkahwinan baru memasuki 1thn 8 bulan.Masalahya suami terlalu taksub dengan kuasanya sebagai seorang suami yang mana saya memang tahu syurga itu di tapak kaki suami..Sepanjang saya mengandung, suami tidak pernah menjaga perasaan saya, kata maki dan hinaan puas di lemparkan..Perkataan "bodoh,Kurang ajar selalu di lemparkan hingggakan saat saya menungggu kelahiran suami tidak pernah kisah.Selepas saya melahirkan, rasa terkilan sangat waktu di hospital,saya melahirkan secara pembedahan jadi pergerakan sangat terbatas, suami tidak ada menolong seperti mana yang saya lihat sewaktu di hospital sebaik sahaja isteri mereka keluar dari wad pembedahan suami sibuk untuk menyediakan segala keperluan isteri.Rasa sebak dan sedih..Boleh di katakan hampir setiap hari ada saja pergaduhan yang terjadi,setiap kata yang keluar tidak pernah betul dan setiap kali itu jugalah suami akan melemparkan kata kata..Salahkan saya untuk menegur atau menyuruh suami,,katanya siapa saya untuk menyuruhnya..Untuk pengetahuan, suami tidak pernah memberi duit nafkah, saya yang menanggung makan pakai dan perbelanjaan di rumah dan anak..

Anonymous said...

Satu pagi..kami bergaduh disebabkan saya memeriksa cell phone suami tanpa pengetahuan nya..dan menuduh suami ada prmpuan lain..suami menyangkal dan marah lalu melafazkan "kalau awak buka lock phone saya lagi,saya ceraikan awak dgn talak 1" xlama kemudian suami meminta maaf dan menarik balik kata2 nya tu td..kerana dia tidak berniat langsung untuk bercerai tapi sebaliknya untuk menakut nakutkan saya.... adakah taklik itu boleh berlaku sekiranya satu ketika nanti saya membuka lock phone nya...adakah tiada niat taklik boleh ditarik?

Unknown said...

Assalamualaikum..saya ingin bertanya..saya ingin berkerja..suami izinkan ketika itu.. Kemudian kami ada bergaduh dan suami berkata.." Kalau hang berkerja jatuh talak satu" saya tak tahu sama ada dia ada berniat macam itu atau tidak.. Tapi saya ingin tahu kalau suami tarik balik kata- kata dia tu lafaz itu akan jatuh ke tidak?

tracjeslib_ko-Fort Lauderdale said...

tracjeslib_ko-Fort Lauderdale Real Breeze link
repiverla

Post a Comment