Jan 21, 2009

Zina Dengan Bakal Mertua

Salam

Seorang lelaki telah bertunang dengan seorang wanita. Kemudian lelaki tersebut telah melakukan zina dengan ibu kepada tunangnya itu (bakal ibu mertuanya). Adakah dibolehkan di sisi syarak lelaki tersebut meneruskan pernikahannya dengan tunangnya itu walaupun dia telah berzina dengan ibu tunangnya itu? Adakah sama hukumnya di atas, jikalau mereka (lelaki & bakal ibu mertua) itu menyembunyikan perkara sebenar atau mereka mengakui perbuatan mereka itu?

Wassalam
_________________
Salam

Mengikut pendapat fuqaha mazhab syafie dan Maliki (Bidayatul Mujtahid 2/21), penzinaan tidak mensabitkan musoharah (persemendaan). Sekiranya, seorang lelaki berzina dgn bakal ibu mentuanya, maka ia tidak diharamkan berkahwin dgn anaknya.

Manakala, yang selainnya seperti Hanafi, hanbali, Imam At-Tsauri, Imam Al-Awza'ie, zina mensabitkan pengharaman perkahwinan. Sekiranya, ia berzina dgn bakal ibu mentuanya, maka ia diharamkan berkahwin dgn anaknya.

Dalil Mazhab Syafie dan Maliki

a) Diriwayatkan bhw Rasulullah SAW di tanya oleh seorng lelaki yang telah berzina dgn seorg wanita, kemudiannya ingin berkahwin dgn ibunya atau anaknya, lalu berkata Nabi :

لا يحرم الحرام الحلال, إنما يحرم ما كان من نكاح ( أبن ماجه عن إبن عمر, البيهقي عن عائشة)

“Perkara yg haram(zina) tidak akan mengharamkan perkara halal (nikah usul dan furu’) sesungguhnya ia menjadi haram hanya dg nikah (shohih)” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi, as-Suyuti mengatakan hadith ini lemah)

b) Hadith :

الزاني المجلود لا ينكح إلا مثله

Mafhum : “Penzina lelaki yg direjam tidak bernikah kecuali wanita sepertinya” ( Riwayat Ahmad & Abu Daud, berkata Ibn Hajar, perawinya dipercayai)

Nabi telah membacakan kpd seorg lelaki yg ingin mengahwini seorg perempuan zina dgn mengatakan firman Allah :

الزانية لا ينكحها إلا زان أو مشرك

“Penzina wanita tidak harus berkahwin dgnnya kecuali penzina lelaki atau kafir musyrik”

Melalui dalil ini, tidak diiktiraf nikah penzina dan seluruh hukum yang terhasil drpd persetubuhan haram(zina). Lalu tiada terhasil pengharaman musoharah dgn sebabnya.

c) Dalil aqli , iaitu pengharaman secara musoharah adlh suatu ni’mat, krn ia menjadikan org yg dahulunya asing sbg keluarga. Manakala zina adlh haram dan buruk, maka tidak sah menjadikan perkara haram utk mencapai kebaikan. Sabda Nabi S.A.W :

المصاهرة لحمة كلحمة النسب

“Musoharah satu hubungan darah sbgmn hubungan darah dgn keturunan” ( riwayat Ahmad, at-Tobrani, berkata al-Hafiz Nuruddin al-Haithami, perawi dari Ahamd dipercayai)

Lalu mana mungkin untuk mengkelaskan hasil zina , membawa kepada kewujudan hubungan seolah keluarga melalui musoharah.

Menurut Mazhab Syafie dan Maliki, sumbang mahram dgn ibu mertua dan anak kandung tidak memberi apa2 kesan terhdp hubungan pernikahan suami isteri serta tidaklah terfasakh perkahwinan mrk.

Dalil Mazhab Hanafi dan Hanbali

a) Di riwayatkan bhw seorg lelaki berkata : Wahai Rasulullah : sesungguhnya aku telah berzina dgn seorg wanita di zaman Jahiliyahku, apakah aku boleh bernikah dgn anak perempuannya? Maka berkata Nabi :

لا أرى ذلك, ولا يصح أن تنكح أمرأة تطّلع من إبنتها على ما تطّلع عليه منها ( فتح القدير لابن همام)

Mafhum : “Aku tidak melihat demikian boleh, tidak sah untuk engkau berkahwin dgn wanita yg telah engkau setubuhi anaknya ..” (Disebut oleh Kamal Ibn Humam al-Hanafi dalam kitabnya Fath al-Qadir, bgmnpun hadith ini mursal dan munqati’)

b) Firman Allah :

لا تنكحوا ما نكح آباؤكم من النساء..

“Jgn Kamu bernikah dgn sesiapa yg telah dinikahi oleh bapa2 kamu dari kalangan wanita..”

Lafaz nikah dipakai utk aqad nikah dan juga persetubuhan (termasuk zina). Iaitu mana2 perempuan yang telah disetubuhi samada dgn jln halal atau haram, tidak boleh kamu kahwini anak2 nya dan ibu2nya.

Dari kekuatan dalil, Wahbah Zuhaili memilih pendapat Syafie kerana utk membezakan antaara perkahwinan dan zina. Sekira zina mengharamkan perkahwinan, maka zina adalah setaraf perkahwinan. Namun begitu, ia tidak ijmak.

Rujukan:
Fiqh Islami Al-Juz Tsabi' , Wahbah Zuhaili
_________________
Wassalam
Jwpn Ust Z telah diTAS-HIHKAN

Bermohonlah kita agar situasi yg dahsyat ini dijauhi dari menimpa masyarakat kita.

0 comments:

Post a Comment