Salam
Benarkah boleh kucup kaki dua ibubapa kerana menghormati mereka? Biasanya kita hanya kucup tangan je...
Wassalam
*****************
Dari Zarra Ibn Amir dan adalah salah seorang delegasi Abd Al-Qays, dia berkata, “Kami turun dari unta dgn pantas kami pergi ke arah Rasulullah S.A.W utk mencium tangan dan kaki Nabi S.A.W.” (Riwayat Abu Daud and Al-Bukhari dlm Al-Adab Al-Mufrad)
Dari Muawiyyah Al-Sulami bahawa dia telah pergi bertemu Rasulullah S.A.W utk memohon kebenaran menyertai jihad dan Baginda S.A.W berkata, “Adakah ibumu masih hidup?” Dia menjawab: “Ya!”. Baginda S.A.W berkata kpdnya: “Sesungguhnya syurga di bawah tapaknya.” Ibn Abidin (fuqaha hanafi) menafsirkan bahawa ia mungkin membawa maksud mencium kakinya. Ibn hajar Al-Haitami (Fuqaha syafi’ie) bahawa Ali R.A. mencium tangan dan kaki Ibn Abbas.
Dari Al-Barra Ibn Azeb bahawa Aku telah melihat Abu bakr mencium Aisyah (didagu) yg terlantar di atas katil kerana demam panas dan berkata: “Apa khabar wahai anakku?”
Imam An-Nawawi berkata bahawa pelukan dan ciuman antara anak dan ibubapa adalah tidak diharuskan kecuali dia (ibubapa) atau anak yang baru pulang/kembali dari perjalanan atau bermusafir. Ini bersandarkan kepada dalil dari Anas bahawa Aman telah berkata kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah S.A.W, salah seorang dari kami telah berjumpa saudara kami, adakah kami perlu tunduk hormat padanya?” Baginda berkata, “tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Adakah kami boleh memuliakannya dgn mencium tangan.” Baginda menjawab, “tidak.” Lalu lelaki itu bertanya lagi, “Jadi, bolehkan dia menjabat tangan?” Baginda menjawab: “Ya.” (Hadith riwayat At-Tirmidzi dan Ibn Majah)
Adapun mencium selainnya, diberitakan bahawa terdapat tabiin mencium kening ibunya.
pendapat yg rajih, kita dibolehkan memeluk dan cium ibubapa samada pulang dari perjalanan ataupun tidak. Tetapi jika sekiranya perbuatan itu boleh menjurus kpd fitnah, maka ia patut dijauhi utk mengelakkan salah pandangan orang ramai atau perbuatan yg tidak elok.
Wallahua'lam.
*****************
Wassalam
Tahqeeqan:
JKK kepada dua penyumbang kita, Abu Husna dan Ust Z kita.
Walaupun amalan mencium kaki itu ada asalnya, tapi yang rajih dan diterima sebagai adabul Islam yg lebih menonjol ialah mengucam salam dan berjabat salam. Ini lebih mutawatir (diamalkan dgn meluas di kalangan salaf assoleh)
Kebanyakan kitab2 Syamail Muhammadiah, tidak membahaskan bab mencium kaki, mereka berhenti dalam isu mencium tangan sahaja. Saya perhatikan adab mencium kaki orang tua ialah adab Hindu. Bila sesuatu adab itu sudah sinonim dgn sesuatu bangsa, maka Islam menjauhinya (hukum tasyabbuh)..
(Syaikh Muhammad Jamil Zeenu, Qutufun minas Syamail) WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment