assalamualaikum,
saya ingin bertanya apakah hukum menggugurkan bayi yang di dalam kandungan sekiranya bayi tersebut tidak normal selepas dimaklumkan oleh doktor. Dalam kes ini doktor memberi pilihan sama ada digugurkan atau tidak. Terima Kasih.
Jwb:
Hukum asal menurut kesepakatan ulama' ialah Haram menggugurkan janin tanpa hak. Adapun kecacatan janin spt buta, cacat angguta atau kembar siam itu bukanlah alasan yg hak untuk membunuh satu nyawa yg kudus yg dijamin oleh Allah. Kembalilah kepada kami dan jelaskan apakah maksud 'bayi yg tidak normal itu'. Bayi yg tidak normal itu mestilah disahkan oleh pakar atau sekumpulan pakar dan mesti dijelaskan apakah jenis abnormal itu, dan apakah kesan kepada ibu yg mengandung dan kepada nyawa janin. WaLlahu a'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment