Jan 21, 2009

Usrah Bercampur Lelaki Perempuan

Salam

Masalah ini timbul di jepun manakala ada senior saya yg buat usrah bersama dengan orang2 Indonesia dan tidak disertai oleh orang2 Arab.

Orang Arab menggunakan istilah haram dalam percampuran usrah yg mana juga adanya lelaki dan perempuan. Orang malaysia dan Indonesia kata boleh buat camtu. Tapi orang Arab tegas.

Jikalau disebut kelas di Universiti bercampur dia kata tu kelas takpe. Kita kata pulak kan usrah tu satu proses belajar. Bercampur pun bukan bersebelahan2 tapi depan belakang. Insyaallah selamat.

Mungkin ustaz boleh bagi jawab berdasarkan realiti org arab sebenarnya sama ada haram itu lebih kepada budaya mereka dari hukum fiqh asal dan juga berdasarkan dalil2 tentang ikhtilat yg dibenarkan dan yg dilarang oleh islam.

Wassalam

**************
Salam

(إختلاط) Ikhtilath dari segi lughah membawa maksud campuran/mixture. Dari segi istilah, ia(atau percampuran antara lelaki wanita) yg diharamkan pd pandangan syarak ialah ikhtilat yg membawa kpd perkara haram spt zina atau muqadimah2nya.

Pendapat al-qardhawi tentang ikhtilath:
Istilah ikhtilath dalam lapangan pergaulan antara laki-laki dengan perempuan merupakan istilah asing yang dimasukkan dalam "Kamus Islam." Istilah ini tidak dikenal dalam peradaban kita selama berabad-abad yang silam, dan baru dikenal pada zaman sekarang ini saja. Nampaknya ini merupakan terjemahan dari kata asing yang mempunyai konotasi tidak menyenangkan terhadap perasaan umat Islam. Barangkali lebih baik bila digunakan istilah liqa' (perjumpaan), muqabalah (pertemuan), atau musyarakrah (persekutuan) lelaki dengan perempuan.

Terdapat pencampuran yang dilarang oleh syara’ dan dibenarkan oleh syarak. Yang dilarang oleh syara’ dan disebut dlm dalil2 spt:

1. Berdua2an antara lelaki dan perempuan (Muttafaq `alaih)
2. Tidak menunduk pandangan (Ghaddul Bashar)
3. Tidak menutup aurat
4. Bertabarruj
5. Berkomunikasi dgn suara menggoda (Surah Al-Ahzab: ayat 32)

Adapun selain disebut di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan antara laki-laki dengan perempuan tidak haram, melainkan harus. Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari lelaki mahupun perempuan.

Malah dinukilkan dlm al-quran bahawa Ratu Balqis bermusyawarah dgn Nabi Allah Sulaiman A.S.:


قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي مَا كُنْتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّى
قَالُوا نَحْنُ أُولُو قُوَّةٍ وَأُولُو بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ إِلَيْكِ فَانْظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً وَكَذَلِكَ يَفْعَلُونَ

"Berkata dia (Balqis), 'Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku).' Mereka menjawab, 'Kita adalah orang-orang yang memilih kekuatan dan (juga) memilih keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan.' Dia berkata, 'Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat." (Surah an-Naml: ayat 32-34)

Berikut ini percakapan antara Balqis dan Sulaiman:


فَلَمَّا جَاءَتْ قِيلَ أَهَكَذَا عَرْشُكِ قَالَتْ كَأَنَّهُ هُوَ وَأُوتِينَا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ
وَصَدَّهَا مَا كَانَتْ تَعْبُدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنَّهَا كَانَتْ مِنْ قَوْمٍ كَافِرِينَ
قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Dan ketika Balqis datang, ditanyakantah kepadanya, 'Serupa inikah singgasanamu?' Dia menjawab, 'Seakan akan singgasanamu ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kamõ adalah orang-orang yang berserah diri.' Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir. Dikatakan kepadanya, 'Masuk1ah ke dalam istana.' Maka tatka1a ia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman, 'Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca. 'Berkata1ah Balqis, 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.'"(Surah an-Naml: ayat 42-44)

Malah pada 2 solat eid, kaum wanita diperintahkan keluar spt yang disebut dlm hadith sahih muslim:


‏حدثني ‏ ‏أبو الربيع الزهراني ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حماد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أيوب ‏ ‏عن ‏ ‏محمد ‏ ‏عن ‏ ‏أم عطية ‏ ‏قالت ‏
‏أمرنا ‏ ‏تعني النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أن نخرج في العيدين ‏ ‏العواتق ‏ ‏وذوات ‏ ‏الخدور ‏ ‏وأمر الحيض أن يعتزلن مصلى المسلمين

Meriwayatkan dari Abu Ar-Rabi’ meriwayatkan dari Hammad meriwayatkan dari Ayyub dari Muhammad dari Ummu Atiyyah r.a katanya: “Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh, gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari tempat sembahyang kaum Muslimin.”

Banyak lagi dalil2 tentang keharusan wanita dan lelaki berkomunikasi antara satu sama lain dgn syarat2 yang dibenarkan oleh syara'.

Kaum wanita juga menghadiri kuliyyah2 untuk mendapatkan ilmu bersama kaum lelaki di sisi Nabi saw. Mereka biasa menanyakan beberapa persoalan agama yang umumnya malu ditanyakan oleh kaum wanita. Aisyah r.a. pernah memuji wanita-wanita Anshar yang tidak dihalangi oleh rasa malu untuk memahami agamanya, seperti menanyakan masalah jinabat, mimpi mengeluarkan sperma, mandi junub, haid, istihadhah, dan sebagainya.

Peliknya kenapa pak arab ini mengharuskan kuliyyah pembelajaran di universiti2 tetapi mengharamkan liqa’ di masjid/surau? Pendapat dia adalah tertolak. Pendapat dia mungkin benar sekiranya kita teliti qaedah fiqhiyyah:
“Setiap perkara yg boleh membawa kpd haram, maka hukumnya haram.”

Itu namanya kaedah Sadd AZ-Zara`ie (menutup jalan kejahatan). Kalau ikhtilath itu menjuruskan maksiat (spt yg diterangkan dlm definisi di atas) ataupun tidak memenuhi syarat2 yg ditetapkan oleh syara’, maka ia menjadi haram.

Rujukan:
Fatwa Al-Mua’sirah, Yusuf Al-Qardhawi

0 comments:

Post a Comment