Dec 22, 2008

Keliru Urusan Zihar

Assalamu'alaikum Ustaz,
Alhamdulillah dan terima kasih atas jawapan yang diberikan. Cuma di sini, pasangan itu telah menerima e-mail dari artikel website DrIkmal Online. Di sini saya attachkan artikel tersebut. Harap Ustaz boleh ulas lebih lagi. Kerana apa yang dinyatakan di dalam artikel tersebut agak mengelirukan dan melibatkan ramai pihak yang boleh menyebabkan berlakunya zihar itu. Sekali lagi, terima kasih.

Wassalam

Jawab:

Kita tidak mengenali siapakah Dr Ikmal, apakah dia seorang Mufti. Kalau kita perhatikan artikelnya, beliau tidak menyandarkan kepada mana-mana pendapat fuqaha', melainkan dia hanya quote ayat alQur'an dan mentafsirkan secara terus. Jika dia seorang mujtahid, maka kita menghormati pendapatnya dan atas nama pendapat dan ijtihad, kita bebas menerima atau menolaknya. Apa yg dikhuatirinya (Dr Ikmal) sebagai ungkapan Zihar, sebenarnya hanya ungkapan 'penghormatan' dalam madzhab Syafi'iy. Misalnya seorang suami memuji kecantikan isterinya dan menyatakan rupanya ada iras-iras muhrimnya.

Perlu kita ingat Zihar di zaman jahiliyah digunakan untuk menggantung isteri tidak bertali (duduk di antara status cerai dan suami-isteri yg normal) dan itulah hakikat Zihar, yakni suami yg telah membenci isterinya tapi tidak mahu mentalaknya, maka diungkapkan ungkapan , "bagi ku engkau adalah spt punggung ibu aku."
Itulah sejarah Zihar sebab zihar dalam bahasa Arab bermaksud punggung . Ini adalah cerai cara jahiliyah yg amat kejam kerana isteri tidak dapat bercerai secara resmi dan tidak dapat hidup normal dengan suaminya. Suami Arab jahiliyah yg meluahkan ungkapan zihar sebenarnya ingin mendera dan menyiksa batin isterinya.

Islam datang menasakhkan penderaan ini dan pasangan itu tidak terpisah cuma mereka berdosa dan dikhendakki membayar kiffarat Zihar sahaja jika dalam keadaan benci dan bosan pada isterinya, suami meluahkan ungkapan jahiliyah yakni Zihar. Unsur bosan, boring dan tidak lagi suka kepada isteri adalah punca Zihar dan bukannya orang yg memuji, menghormati dan menyayangi isterinya. Sekian.

0 comments:

Post a Comment