Jan 16, 2011

Kuasa Bilangan Talak Kurang @ Tidak?

Postby anakMINANG04 »
:salam

Moga mendapat rahmat Allah,

Kuasa talak ada pada suami...jika suami telah menceraikan isteri dengan talak satu...dan mengambil smula isteri tersbt bkn melalui jalan rujuk..yakni melalui pernikahan baru...persoalannya:-

1) adakah pernikahan baru tersebut mengurangkan bilangan talak atau tidak?...yakni kuasa talak yg ada pada suami tinggal dua atau kembali menjadi tiga....

2) bleh tuan panel berikan pandangan mazhab dan ulamak muktabar serta yg arjah mengenai permasalahan ini...

sekian t.kasih atas pencerahan tuan panel...

:wassalam



******************************
Postby al-jawhar »
:salam

Ringkasnya mengenai persoalan tersebut dapat dijawab seperti berikut :

1)adakah pernikahan baru tersebut mengurangkan bilangan talak atau tidak?...yakni kuasa talak yg ada pada suami tinggal dua atau kembali menjadi tiga....

Dalam permasalahan tersebut , bilamana seorang isteri yang diceraikan samada dengan talak 1 atau 2.Kemudian si suami tidak merujuk bekas isterinya sehingga habis tempoh iddah.Selepas daripada itu , mereka berkahwin semula dengan lafaz dan aqad yang baru , maka para ulama/fuqaha sepakat bahawa bilangan talak yang ada pada suami adalah mengikut baki bilangan talak yang tinggal.

Contohnya : Bila i menceraikan isterinya dengan talak 1 , maka baki talak yang ada padanya ialah 2.Jika diceraikan dengan talak 2 , maka baki yang ada ialah 1.

Apa yang menjadi perselisihan dikalangan ulama ialah bilamana bekas isteri / wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain selepas habis tempoh iddah...Kemudian selepas bercerai dengan suami keduanya , ia berkahwin semula dengan bekas suami pertama , Adakah bilangan talak yang dimiliki suami pertamanya mengikut baki talak yang tinggal atau mendapat semula 3 bilangan talak.

Perselisihannya adalah seperti berikut :

1) Jumhur Ulama mengatakan bahawa , bilangan talak yang dimiliki oleh suami terhadap isterinya itu adalah mengikut apa yang berbaki dari bilangan talak tersebut.Sekiranya telah ditalakkan dengan talak 1 , maka bakinya 2 dan beitulah seterusnya.

2) Abu Hanifah dan Abu Yusof serta sebahagian dari kalangan sahabat dan tabi'iin mengatakan , bahawa talak yang diperolehi oleh suami pertama wanita tersebut ialah kembali kepada 3 kali.Bukan baki bilangan talak yang masih ada.Ini kerana katanya , bahawa persetubuhan dengan suami ke dua tersebut telah menyebabkan baki bilangan talak suami pertama itu terhapus.

WA

:wassalam

Ruj :

Ahkam al-Usrah fi al-syari'atil Islamiah , Dr.Ali Ahmad Al-Qulaisyi

2 comments:

Anonymous said...

aslkm..sy ingin bertanyakan 1 kemusykilan kpd tuan..begini sy telah diceraikan sebyk 2 kali oleh suami sy..kali pertama perceraian suami melafazkan cerai dgn talak 1 dan kali kedua dgn lafaz talak 2. jd mslh skrg adakah talak itu menjadi 3 ataupun hanya jatuh talak 2..mengikut pemahaman sy hanya talak 2 je yg jth sbb ade 1 blog oleh ustaz ape sy x ingat mengatakan talak 2 adalah perceraian kali kedua tetapi kawan suami sy juga seorang ustaz mengatakan tlh jatuh talak 3 krn yg pertama sekali dicmpr dgn kedua bermakna 3..sy perlukan kepastian drpd tuan utk menyelesaikan belenggu ini krn perkara ini tdk sengaja berlaku di atas kejahilan kami suami isteri...terima kasih..

hamba allah said...

1. Aku ceraikan kau talak 2..
2. Aku ceraikan kau 2 talak....
huraian pada ayat petama telah menjatuhkan talak pertama dan yg kali ini talak 2 sebab takut terlupa berapa talak yg telah dilafazkan.kalau x sebut cuma ckp ceraikan saja pn jatuh juga tapi tidak tahu pula dh berapa talaknya..sementara yg kedua jelas memang menjatuhkan dua talak sekaligus.

Post a Comment