Dec 22, 2008

Isteri Tuntut Cerai Jika Suami Kawin Lagi

Seorang suami ingin berkahwin seorang lagi (nombor 2) kerana tuntutan emosi beliau terasa tidak dipenuhi. Si isteri pula berkata akan menuntut cerai jika suami ingin berpoligami. Apakah yang harus dilakukan oleh si suami supaya ia tidak mengundang kemurkaan Allah? Adakah Allah murka terhadap suami yang melukai perasaan isteri dengan berkahwin seorang lagi? Bolehkah kita menggelar lelaki yang berbuat demikian sebagai `tidak berhati perut' atau gelaran buruk yang lain? Saya bimbang jika kata-kata demikian boleh mungundang kemurkaan Allah kerana Allah maha mengetahui membenarkan poligami.

Jawab:

Isteri boleh menuntut cerai jika terdapat perjanjian semasa akad yg dipersetujui suami (aku janji taklik), "yakni perkahwinan akan terbubar jika suami berpoligami." Pendapat ini adalah dari madzhab Hanafi dan Hanbali dan banyak dipraktikkan di Khaleej (negara2 Teluk) (Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)

Jika tidak ada perjanjian sebegini, maka isteri tidak boleh mengugut suami kerana kuasa poligami berada di tangan suami, isteri cuma boleh menuntut keadilan dilaksanakan sahaja.

Perbuatan isteri menuntut cerai dalam hal yg harus adalah nusyuz sebagaimana sabda Nabi saw.

HR Imam Lima (kecuali anNasaiy) dari Tsauban ra, "Mana-mana perempuan yg meminta talak tanpa ada sebab (syar'iy), maka haram atasnya syurga."
HR Abu Daud dan Ibn Majah dari Ibn Umar ra," (sabda) perkara halal yg paling dibenci oleh Allah ialah talaq."

Poligami sudah semestinya mendatangkan kedukaan dan serangan psikologi kepada isteri tua, namun jika suami boleh memberi keadilan (nafkah, giliran malam), maka sudah tentu kedukaan dan keperitan poligami itu akhirnya mengeluarkan madu yg manis. (Dr Qardhawi, Malameh almujtama' Islami) WA

5 comments:

Anonymous said...

isteri tidak setuju dan tidak membenarkan suami berkahwin lain..
tp suami telah berkahwin lagi (poligami) tanpa persetujuan n kebenaran isteri..perkahwinan tersebut juga di buat di siam..

boleh ke isteri minta cerai sebab tak nak dimadu..tak payah nak berebut suami dgn org lain..

Admin said...

Boleh tak ada salahnya... isteri ada hak untuk meminta dilepaskan jika tidak bersetuju suami berpoligami...

Anonymous said...

Aga keliru

Anonymous said...

Tak berdosakah kalu suami mampu menguruskannya

Anonymous said...

bagaimana kah dengan suami yang sudah berzina dan tidak pula mahu menceraikan isteri nya, namun masih berhubung dengan perempuan itu?

Post a Comment