Jan 22, 2009

Wanita Pergi Umrah Tanpa Ditemani Mahram

Assalamu'alaikum
>
> Seorang ibu tunggal ingin ke umrah tanpa mahram (tetapi ada family
> lain yang bukan mahramnya yang akan pergi bersamanya).
>
> Kalau tak silap Al-Qaradawi membenarkannya.
>
> Apakah kedudukan kita dalam isu ini.
>
> Wassalam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply

alQardhawi membolehkan kerana beliau menggunakan fiqh almaqosyid. antara syarat yg membolehkan wanita pergi sendirian ialah ia diselia oleh pakej yg menyediakan pengurusan yg rapi termasuk keselamatan (Qardhawi, mi'at sualin anil Hajj wal Umrah wal udh'iyah,cetakan UAE (alittihad)

Pendapat salafiyah, ialah wanita tanpa muhrim tetap ditegah kerana kerasnya larangan nabi SAW.
hadith Syaikhan, " tidak boleh seorang wanita berpergian kecuali diiringi oleh mahramnya".

Syaikh alllamah almuhadith Syaikh Saleh alUthaimiin (w.1998) rh dalam fatwanya, tidak boleh kerana wanita itu tidak termasuk dalam orang yg mampu menunaikan Haji dan umrah (lantaran ketiadaan mahram). (syaikh ibn utahimiin, manhaj li murridil Umrah wal hajj, bab safarul mar-ah, ms 8.) Dasar salaf ialah ittiba'.

sekian

**************************
assalamulaikum, ma'alesh (maaf) ana kurang bersetuju dgn kesimpulan syaikhuna THTL..

Ana tetap berpegang bahawa ia khilaf, khilaf berlaku disebabkan pemahaman yg berbeza pada satu hadis yg sama, iaitu hadis syaikhan (lebih krg lafaz arabnya yg ana ingat mcm ni)- ''la yuhillu li imraatin, tu'minu billah wal yaumil akhir, tusafiru masirata ma'a zi mahramin alaiha ''- maksudnya - xble sorg wanita yg beriman pada Allah dan akhirat, musafir more than a nite and a day xcept adanya mahram''

ada dua pendapat:

1- boleh dgn syarat jika keselamatan terjamin, antaranya yg pgg pendapat ni ialah Syaikh Yusuf Qaradawi (hafizahullah) dalam kitab Fiqh Taysir, mereka memahami dalil diats dgn melihat maqasid syariat dibalik hadis tu iaitu faktor keselamatan.

2- tak boleh mutlak, antara yg berpegang dgn pndapat ni adalah syaikh Uthaimin (rahimahullah) dan lain2, mereka memahami hadis ini dgn zahir lafaz.

kesimpulan: [b]kedua-dua pendapat 1 dan 2 adalah Salafiyyah, bagi ana ialah lebih baik ia dinyatakan sebagai khilaf muktabar .....terpulang nak ikut yg mana =)

wasslaam
Abu Ismail

0 comments:

Post a Comment