Quote:
Nabi dan Larangan Poligami
Dalam kitab Ibn al-Atsir, poligami yang dilakukan Nabi adalah upaya transformasi sosial. Mekanisme poligami yang diterapkan Nabi merupakan strategi untuk meningkatkan kedudukan perempuan dalam tradisi feodal Arab pada abad ke-7 Masehi. Saat itu, nilai sosial seorang perempuan dan janda sedemikian rendah sehingga seorang laki-laki dapat beristri sebanyak mereka suka.Sebaliknya, yang dilakukan Nabi adalah membatasi praktik poligami, mengkritik perilaku sewenang-wenang, dan menegaskan keharusan berlaku adil dalam berpoligami.
Nabi SAW marah besar ketika mendengar putri beliau, Fathimah binti Muhammad SAW, akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Ketika mendengar rencana itu, Nabi pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru: "Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku, kupersilakan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yang mengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga."
Sama dengan Nabi yang berbicara tentang Fathimah, hampir setiap orang tua tidak akan rela jika putrinya dimadu. Seperti dikatakan Nabi, poligami akan menyakiti hati perempuan, dan juga menyakiti hati orang tuanya.Jika pernyataan Nabi ini dijadikan dasar, maka bisa dipastikan yang sunah justru adalah tidak mempraktikkan poligami karena itu yang tidak dikehendaki Nabi. Dan, Ali bin Abi Thalib RA sendiri tetap bermonogami sampai Fathimah RA wafat.
******************************************
Kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Salah satu hadith sahih dari periwayatan al-Miswar bin Makhrama berkenaan dengan peristiwa diatas :
إن عليا خطب بنت أبي جهل فسمعت بذلك فاطمة فأتت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالت يزعم قومك أنك لا تغضب لبناتك وهذا علي ناكح بنت أبي جهل فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فسمعته حين تشهد يقول أما بعد أنكحت أبا العاص بن الربيع فحدثني وصدقني وإن فاطمة بضعة مني وإني أكره أن يسوءها والله لا تجتمع بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم وبنت عدو الله عند رجل واحد فترك علي الخطبة
"Ali ingin melamar anak perempuan Abu Jahal. Fatimah telah mendengar itu dan telah pergi ke Rasulullah saw dan berkata : Kaum anda ingat bahawa kamu tidak akan marah kerana anak perempuan kamu dan Ali ingin pergi menikahi anak perempuan Abu Jahal. Maka Rasulullah saw pun bangkit setelah menyebut tashahud. Dia berkata : Amma ba'du. Aku telah menikahkan salah satu anak perempuanku kepada Abu Al-'As bin Al-Ra bi' (suami Zainab anak perempuan Nabi) dimana beliau sangat benar dalam apa yang beliau cakap kepadaku. Bagi Fatimah, tidak boleh dinafikan, dia adalah sebahagian daripadaku, Aku benci melihat dia menimpa masalah. Demi Allah, Tidak akan berkahwin anak perempuan Rasulullah saw dengan anak musuh Allah dan tidak boleh menjadi isteri kepada satu lelaki. Maka Ali pun membatalkan pertunangan. " [Hadith riwayat al-Bukhari].Hadith diatas ini membincangkan peristiwa Ali ingin berkahwin dengan anak perempuan Abu Jahal, musuh Allah dan Rasul yang paling pahit sekali. Beliau telah memalukan, menyeksa Nabi dan sahabat-sahabatnya, dan telah beberapa kami mencuba mengambil nyawa Nabi saw. Sebab inilah Nabi saw tidak membenarkan perkahwinan tersebut, dan bukan kerana Nabi saw menegah poligami.
Baginda sendiri telah berkahwin dengan 9 orang isteri, akan tetapi disebabkan faktor sejarah yang memalukan, dimana sudah tentu akan membawa masalah kepada anak perermpuannya, beliau tidak mengizinkan perkahwinan tersebut. (Sesiapa pun tidak mahu anaknya berkahwin dengan seseorang yang mendatangkan masalah)
Menurut Syiekh Amani Aboul Fadl Farag, hadith ini menunjukkan satu fakta penting yang selalu menjadi kecelaruan, bukan kontrovesi, kepada kebanyakkan orang Islam, dimana poligami bukanlah digalakkan ataupun diwajibkan, tetapi ia merupakan perkara pilihan pribadi. Lelaki yang menentukan, dan bahagian pihak wanita dan penjaganya menerimanya. WA
Sekian, wassalam
0 comments:
Post a Comment