Jan 21, 2009

Gigi Jongang Bibir Sumbing

Salam
Adakah membetulkan gigi yang jongang dan bibir yang sumbing dikira sebagai mengubah ciptaan allah?
Dulu saya dapati ada injin pencari soalan tapi sekarang dah tak ada.

*****************
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. JKK Ust Zayed diatas respond diatas. Kami ingin menambah sedikit dengan kadar yang mampu.

Biasanya, pembedahan membetulkan gigi, bibir dan sebagainya dipanggil sebagai pembedahan plastik atau Plastic Surgery (عمليات التجميل ) atau Pembedahan Kecantikan.

Menurut Sheikh Atiyah Saqr, terdapat dua jenis Pembedahan plastik.

نوْعٌ يَغْلِب عليه الطَّابَع العِلاجي كإصلاح خَلَل طاريء،

a. Sejenis pembedahan yang berbentuk therapeutik, seperti merawat ketidak seimbangan pada anggota badan yang tidak disangka.

ونوعٌ يغلب عليه الطَّابَع الجمالي الذي فيه تَحْسِين وضع قائم .

b. Sejenis pembedahan, yang pada dasarnya berbentuk kecantikan yang mengubahkan dari bentuk asal.

Menurut Shiekh Atiyah Saqr, bekas pengerusi Rumah Fatwa Al-Azhar, bahawa Pembedahan plastik bagi tujuan rawatan tidak dapat dinafikan kebenarannya, dan ia bukanlah dari apa yang telah dilarang oleh agama, seperti menjahit luka yang teruk , mencantumkan tulang yang patah, menampal kulit yang terbakar atau apa jenis bantuan dan pertolongan keatas mangsa yang menghadapi bahaya. Kata beliau lagi :-

وليس في هذا النوع تَغْيير لِخَلْق الله، بل هو إزالةٌ للتشويه العارِض على خَلْقِ الله .

"Dan bukanlah ini jenis yang mengubah ciptaan Allah akan tetapi sebagai pembuangan terhadap perkara yang memburukkan ciptaan Allah"

Yang dilarang menurut Sheikh Atiyah Saqr ialah jenis yang kedua, iaitu pembedahan kecantikan, seperti mencantikkan hidung, membesarkan payu dara, menipis bibir dan sebagainya. Kesemua ini bertujuan memperlihatkan kecantikan dan sekali gus ia menukar ciptaan Allah swt.

----------

Dari Hadith Nabi saw :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

"Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan" - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi memberi komentar (13/107) terhadap hadith diatas mengatakan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

"Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan Allah yang lebih tahu sebaiknya."

-----------
Kesimpulannya, pembedahan plastik keatas anggota yang sakit, terbakar, cacat dan sebagainya bukanlah mengubah ciptaan Allah, akan tetapi melakukan pembedahan kosmetik bagi tujuan kecantikan adalah sangat-sangat dilarang didalam Islam, kerana ia mengubah ciptaan Allah swt.

Rujukan :

1. Shiekh Atiyah Saqr. ما حُكْمُ الشَّرع في عَمليات التَّجْمِيل للإنسان ؟ . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=13292

2. Al-Harf Hadith Shahih Muslim

0 comments:

Post a Comment