Feb 16, 2010

Tempoh Istihadah

Postby nur_wasatiah »

salam

Andainya seseorang itu mengalami istihadzah... berapa lamakah tempoh (bil hari) baginya untuk menentukan dirinya bukan lagi istihadah? Andainya darah sentiasa mengalir, mungkin utk tempoh sebulan, bagaimanakah dia ingin menentukan yg darah itu adalah haidh?



***********************************
Postby thtl »

wassalam

Jawab:

Istihadzah ialah perdarahan terus-menerus melebihi hari-hari biasa haidh (period) (Imam Ibn Hajar Asqalani/Fathul bari hadis no 228)

Imam Nawawi (Syarh Nawawi 'ala Muslim 2/255), alMajmoo': 2/538), istihadzah ialah perdarahan dari urat lantaran penyakit.

Mengikut sains perubatan (Current Medical Diagnosis & treatment, 1982, 428) istihadzah ialah abnormal uterine bleeding samada jenis menorraghia (pendarahan berpanjangan) atau metrorraghia (perdarahan antara dua period haidh)

Apa yg anda khabarkan itu pada hemat kami ialah hypermenorrhea (perdarahan berpanjangan yg kronik). Maka inilah tekniknya:

HR Abu Daud (Sunan: 1/78/# 304) dari Fatimah bte Abu Hubaisy ra, "[sabda] Jika haidh datang, darahnya dikenali dgn warna kehitaman dan hentilah solat. Jika warnanya selain itu, maka berwudhu dan solatlah." (Albani, sahih Sunan Abu Daud/# 263)

Jika dia keliru dgn tempoh periodnya, andaikan 6-7 hari, maka hari2 perdarahan yg lain itu dianggap istihadzah.

Dalilnya: dari Hamnah bte Jahsy di mana Nabi saw berfatwa supaya dia mengandaikan periodnya 6-7 hari dan hari2 yg lain itu adalah istihadzah dan dikehendaki solat dan puasa.(Albani, alIrwa' alGhaleel: no 188)

Keperluan maksima: ialah mandi setiap kali utk solat
keperluan minima: memadai dengan berwudhu' sahaja (Albani, Sahih Sunan Abu Daud, No 268)

Wanita yg istihadzah boleh pula menjama'kan solatnya mengikut Fiqh Imam Ahmad Ibn Hanbal (Fiqh Sunnah). WA

11 comments:

Anonymous said...

SALAM

MOHON PENJELASAN..SY SEDIKIT KELIRU MENGENAI TEMPOH PERIOD YG DIKATAKAN ISTIKHADAH..SBG CTH, SY PERIOD MULAI 1HB-15HB.PD HARI BERIKUTNYA,DARAH BERHENTI DAN SUCI.SELANG BEBERAPA HARI(2-3 HARI KEMUDIAN) DTG SEMULA CAIRAN YG BERWARNA COKLAT KEHITAMAN..ADAKAH SY PERLU MENERUSKAN SOLAT SPT BIASA ATAU SEBALIKNYA..

DAN BILAKAH SEPATUTNYA TARIKH YG BETUL UTK KEDATANGAN HAID YG SETERUSNYA(BKN DARAH ISTIKHADAH)BERDASARKAN SITUASI DI ATAS

TQ

Admin said...

Kalau pasti bahawa darah yang datang semula adalah haid bermakna awak belum suci lagi dalam tempoh haid, bermakna tempuh berhenti sementara itu juga masih dalam tempoh haid....

jika keliru dan tidak pasti anggap yang datang adalah istihadah, lakukanlah solat...

Anonymous said...

Assalamualaikum......wbt,

Kitaran haid saya tidak teratur semenjak saya menggunakan pil perancang.
Setelah 7 hari datang haid saya suci, selang 2 hari saya datang haid lagi sehingga 11 hari, kemudian saya suci (3 Hari) kemudian datang lagi (darah yang hitam & fresh)...saya mohon pertolongan tuan untuk perjelaskan waktu bila saya haid dan waktu bila pula saya Istihadah untuk saya boleh melakukan solat.
Mohon juga tuan perjelaskan kpd saya, cara yg betul waktu Istihadah utk mengerjakan solat.

Anonymous said...

bolehkah suami menceraikan isterinya semasa isteri ada darah istihadah (haid melebihi 30 hari)

Anonymous said...

macam mana kalau darah keluar berlanjutan sampai sebulan dua. maksudnya darah keluar dari rahim tidak henti sehingga dua bulan. macam mana saye nak tau saya mengalami haid dalam tempoh tu?

contohnye lepas 15hari, ia adalah darah istihadah. tapi hari2 seterusnya darah tetap mengalir sehingga sampai bulan seterusnya dan seterusnya. macam mana saya nak tahu saya didatangi haid dlm temph masa itu?

Anonymous said...

salam.

saya keliru. selepas hari ke 15 darah yang keluar adalah darah istihadah. berapa lamakah tempoh istihadah ini? pada hari keberapa selepas istihadah saya akan dikatakn mengalami haid kali seterusnya kalau darah istihadah tidak henti henti mengalir?

Admin said...

W'salam

darah haid dan darah istihadah berbeza dari segi warnanya. Darah haid berwarna kehitaman selain dari itu anggaplah ia darah istihadah, anda sendiri lebih maklum tentang masalah ini.

kewajipan solat tidak gugur semasa istihada, anda wajib solat. Gunakan lapik yang sesuai supaya darah tidak mengalir keluar dan berwuduk setiap kali hendak solat. WA.

Anonymous said...

as salam.

saya abih nifas pd 25/1 (hari ke 40).start haid 15/3 - 22/3.selang 3 hari iaitu 26/3,saya berdarah semula.apakah darah itu?

Anonymous said...

Hari keberapa habis melahirkan boleh shalat?

Anonymous said...

Saya nak tanya, since kalau kan smbhyg msti ambil wudhu, is it macam kalau kn smbhyg zohor ambil wudhu then smbhyg asar ambil lgi wudhu walaupun wudhu sebelum nya tidak batal? If that's the case, macam mana nak sembhyg terawih? and what if kalau uzur yg sekajap2 seperti 2 hari then berhenti then uzur lagi, is it considered as istihadah?

Anonymous said...

saya haid dari 13 hingga 23hb (10 hari) mengikut kitaran dan tempoh kebiasaan. Tapi bulan ni selepas suci selama 3 hari terdapat tanda2 seperti permulaan haid (lendi bewarna coklat ). Adakah ini darah haid atau darah istihadah

Post a Comment