Dec 22, 2008

Perihal Aurat

Mengenai perintah di dalam kitab suci Al-Quranul Karim yg menyuruh kaum wanita agar melabuhkan pakaian mereka sehingga menutupi dada masing-masing, apakah hukum sebenar perintah tersebut? Ini kerana ramai orang yg terkeliru dgn permasalahan ini kerana ada segelintir pihak yg menganggap bahawa "menutup aurat" itu cukup sekadar menutup bhgn-bhgn aurat shj. Dan mungkin disebabkan pemahaman seumpama inilah yg menyebabkan ramai golongan belia wanita hari ini yg jikalau dilihat, pemakaiannya tudung mereka shj sudah cukup berfesyen, ikat sana...pusing sini...dan macam-macam lagilah....pakaian juga ketat... berseluar... Dan jikalau ditanya.... sebilangan daripada mereka akan mengatakan mereka telah "menutup" aurat...Jadi, macam mana ni !?

Jawab:

Isu aurat sudah selesai. Jika masih ada pahat yg berbunyi, ia hanyalah kerana kejahilan yg menimpa umat atau gerakan sulit "Women's Lib". Bukan aurat sahaja yg keliru, bahkan umat Islam merasakan HUDUD itu suatu hukum yg kuno. Mengenai kekeliruan umat Islam mengenai batas2 aurat dijelaskan oleh hadis futuristik (Muwatta' 2/913; Muslim, #2128)," akan tiba pada generasi akhir umatku, wanita2 yg berpakaian tapi telanjang."

Ayat2 dalil yg qat'iyah (pemutus):

a. Perintah menutup kepala dan dada
AQ:anNuur: 31 (hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya)

b. AQ: 24: 31 (janganlah mereka menzahirkan perhiasan, kecuali yg biasa nampak)

c. AQ:33: 59 (..hendaklah mereka memakai jilbab)*

jilbab ialah baju kurung/jubah yg longgar yg tidak menampakkan bentuk badan
Maka ketika ini fenomena menutup aurat sudah menjadi lumrah dan ini petanda kebangkitan semula kefahaman Islam. Senario sekarang jauh berbedza dgn senario di tahun 70'an. WA

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,
adakah ketika membaca al-quran perlu untuk menutup aurat,kecuali mendedahkan muka dan tapak tangan.?
dan bagaimanakah caranya jika anak ingin menegur ibu yang membaca al-quran tanpa menutup aurat.?
harap ustaz membantu.:(

Post a Comment