Jan 22, 2009

Penggunaan Botox

terdapat satu kaedah baru dlm mengelakkan kesan penuaan di muka iaitu teknik "BOTOX". adakah teknik ini dibolehkan dalam islam?

*****************
kamin
Panel Feqh

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr amnifuhairah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Rawatan injeksi Botox ( بوتوكس ) merupakan sejenis rawatan terapi keatas otot atau " therapeutic muscle-relaxing agent" yang bertindak keatas motor saraf seseorang. Sifatnya merupakan sementara. Garisan-Garisan kedut seseorang itu diakibatkan oleh otot yang dipanggil 'corrugator' dan/atau 'procerus muscles'. Apabila botulinum toxin A atau nama dagangnya Botox diinjek kedalam otot tersebut, ia akan menjadi kebas dan tegang. Kontraksi ini akan menghilangkan garis kedut. Apa yang penting didalam kajian Fiqh ialah kesannya bukanlah untuk selama-lamanya. Ia hanya berkesan dari 3 hingga 8 bulan sahaja. Tidaklah ia menyalahi hukum syariah atas sifat kesan sementara ini, kerana ia bukan menghalang proses penuaan.

Satu aspek lagi yang perlu dilihat ialah ; Apakah botox atau 'botulinum toxin A' ini merbahaya? Jika ia tidak mendatang kemudharatan, maka pada asalnya hukumnya harus. Akan tetapi jika ia memudharatkan seseorang, maka haram hukumnya.

Berikut adalah jawapan yang telah dikemukakan kepada Dr Ahmad Al-Haji Al-Khurdi yang kami terima pagi tadi. Beliau merupakan pakar rujuk Fiqh Kerajaan Kuwait dan mufti kepada Ensaiklopedia Fiqh Kuwait.

Soalan :

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته.
بعض المعلومات عن بوتوكس : إلا أن أطباء التجميل لاحظوا منذ أوائل التسعينيات أن حقن كميات صغيرة من التوكسين في عضلات الجبين وبين العينين وحول الفم وأيضا في عضلات الرقبة يؤدي إلى شلل تلك العضلات، وبالتالي اختفاء التجاعيد التي تنتج عن تقلصها! حتى إن استخدام البوتوكس انتشر بين نجوم ونجمات هوليود كأكثر أهم طرق القضاء على التجاعيد والمحافظة على الشباب الزائف. يبدأ مفعول التوكسين في إخفاء تجعيدة التكشير بعد حوالي 3-4 أيام ويستمر لمدة 3-5 أشهر حتى يختفي أثر المفعول مرة أخرى وبعده يتم حقن العضلة بالبوتوكس مرة أخرى حتى تستمر التجعيدة في الاختفاء.يستخدم البوتوكس أيضا في علاج الصداع النصفي، حيث لاحظ أطباء التجميل أن كثيرين من مرضى الصداع النصفي تتحسن حالتهم بعد حقن الدواء من أجل إخفاء التجاعيد، كما يستخدم في علاج آلام الظهر وتشنج عضلات الأطراف.
ما حكم استخدام بوتوكس للتّجميل ؟ و جزاكم الله خير الجزاء.
"Sedikt maklumat mengenai botox : Maka pakar pembedahan plastik perhatikan semenjak awal tahun 90an bahawa kuantiti yang sedikit dari Toksin ini diinjek di otot kepala/dahi diantara kedua-dua mata, disekitar mulut dan juga otot leher akan mengakibatkan kesan paralysis kepada otot, dan seseterusnya akan menghilangkan kedutan akibat kontraksi otot! Sehinggalah penggunaan botox meluas digunakan dikalangan artis-artis Hollywood sebagai salah satu cara penting menghilangkan garis-garis kedut dan mengekalkan kemudaan yang palsu. Kesan toksin bermula dengan menghilangkan garisan kedut lebih kurang 3 hingga 4 hari dan berterusan sehingga 5 bulan sehinggalah kesannya hilang semula dan melakukan injeksi kali yang seterusnya keatas otot-otot menggunakan botox sekali lagi, sehinggalah hilang kesannya. Botox juga digunakan bagi merawat penyakit migraine, dimana pakar pembedahan plastik memerhatikan kebanyakkan pesakit migrainenya yang telah baik meneruskan mengambil injeksi semata-mata ingin menghilangkan kedut, sebagaimana juga ia digunakan untuk merawat sakit tulang-belakang dan sakit otot-otot. Apa hukum menggunakan botox bagi tujuan kecantikan? JKK."

Jawapan :

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين، والتابعين، ومن تبع هداهم بإحسان إلى يوم الدين، وبعد:
فحكمه مرتبط بمدى ما فيه من الضرر، فإن لم يكن فيه ضرر ما فهو مباح، وإن وجد الضرر فالمنع يكون للضرر الذي فيه، وأمر ذلك متروك لأرباب الاختصاص.
والله تعالى أعلم.
"Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw penamat segala anbiya' dan rasul, kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat-sahabat baginda saw.

Hukumnya lebih kearah sejauh mana kemudharatan yang ia bawa, maka jika ia tidak memudharatkan maka ia dibolehkan (mubah), dan jika didapati ia memudharatkan, maka hendaklah dikawal agar ia tidak merosakkan, dan diserahkan kerja-kerja ini kepada mereka-mereka yang pakar"

==========
Kesimpulannya : kesannya yang sementara tidak menunjukkan ia menghalang proses penuaan. Asal ia tidak bersifat kekal dan juga selagi ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan, maka hukumnya harus. Akan tetapi, faktor kos juga boleh mengubah hukum penggunaan botox. Dari petikan artikel dibawah ini :-

ويتم تكرار الحقن ما بين 3-4 مرات على مرور عام واحد، وبعدها غالبا ما يستمر المفعول لمدة قد تصل إلى 18 شهرا. أما الأسعار فتتراوح ما بين 300 إلى أكثر من 1000 دولار للحقنة الواحدة.
"Injeksi disempurnakan diantara 3 hingga 4 kali pada tahun pertama, dan kemungkinan kesannya akan berterusan sehingga 18 bulan. Bagi harganya pula bermula dari 300 dollar hinggalah ke 1,000 dollar satu injeksi"

Seorang yang ingin kedutnya hilang perlu sekurang-kurangnya membuat rawatan 3-4 kali setahun dengan bayaran 300 - 1000 dollar sekali injek. Untuk memudahkan pengiraan kita ambil saja nilai yang terbawah :- 3 (kali injeksi) X US300.00 3.82 = RM3,438.00 setahun. Inikan satu pembaziran, dan mereka yang membazir itu adalah sahabat syaitan!. Akan tetapi, jika botox digunakan untuk menghilangkan migrane dsb, maka tidaklah timbul isu pembaziran. WA.

wassalam
===========
Rujukan :-

1. Dr Ahmad Al-Haji Al-Khurdi. البوتوكس يخفي التجاعيد/Botox menghilangkan garis kedut url : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=12516#24071

2. Dr Nadia Al-Awdhi. السلاح البيولوجي يعالج تجاعيد الوجه!! /Senjata Biologi mengatasi masalah muka berkedut url : http://www.islamonline.net/arabic/science/2002/02/Article7.shtml

2 comments:

Anonymous said...

salam.. ustaz bagaimana pula hukumnya dengan penggunaan krim pembesaran payudara..
sekiranya wanita tersebut mempunyai payu dara yang kecil dan suaminya berkehendak untuk beliau memakai krim tersebut bagi memiliki saiz yang normal..
adakah ia dibalehkan menurut syarak

Admin said...

salam.. ustaz bagaimana pula hukumnya dengan penggunaan krim pembesaran payudara..
sekiranya wanita tersebut mempunyai payu dara yang kecil dan suaminya berkehendak untuk beliau memakai krim tersebut bagi memiliki saiz yang normal..
adakah ia dibalehkan menurut syarak

_______________________________________

Hukumnya harus makan atau guna herba & suplement untuk kecantikan atau pembesaran payudara. Ia tidak dikira mengubah ciptaan ALLAH. Kerana apa yang Puan makan atau guna adalah semata-mata nutrien, zat & khasiat yang memberi manfaat kepada tubuh badan sepertimana produk herba lain. Ia juga dibolehkan untuk meningkatkan lagi keharmonian rumah tangga.

Namun, ia boleh menjadi haram jika kandungan herba atau ubatan itu dari sumber diragui & haram. Ia juga menjadi haram jika bertujuan kosmetik semata-mata untuk dibanggakan penampilan susuk tubuhnya kepada lelaki bukan mahram.

Walaubagaimanapun, saya menasihati Puan agar berhati-hati dengan dakwaan ubat herba tersebut. Saya khuatir ia akan lebih memburukkan keadaan daripada memberi manfaat. Tiada jaminan produk herba di pasaran masa ini selamat 100%, malah ada yang memudaratkan. Syukurlah dan jagalah nikmat TUHAN yang sekian ada dengan baik.

Post a Comment