Dec 22, 2008

Rahsia Di Sebalik Iddah

Salam

Saya amat berminat untuk mengetahui cerita disebalik amalan :smirk: Contohnya seperti soalan yang pernah diajukan iaitu gerakan jari telunjuk ketika tahayyat ...

Soalan saya disini adalah mengenai Iddah.. Mungkin saudara ustaz boleh ceritakan serba sedikit tentang ini.. mungkin disebalik sirah Rasulullah saw ataupun hadith2 ker... ataupun cerita didalam Al-Quran sendiri.. :smirk:

Ini kerana saya pernah mendengar dari nenek kawan saya yg mengatakan dalam masa 3 bulan pertama, roh si suami akan datang pada malam harinya untuk menjenguk si isteri.. dan saya ingin bertanya kan ustaz tentang kesahihan ini..

sekian... Wassalam


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SJ – 2229 : IDDAH & RAHSIA AMALAN ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara tokusa di atas sambutan saudara terhadap web al-Ahkam online yang kami kendalikan ini .

“ Rahsia Di Sebalik Amalan “ boleh juga diertikan sebagai “ Falsafah Sesuatu Amalan “ ataupun boleh juga dikenali sebagai “ Hikmah Sesuatu Amalan Ibadat “ yang mana semuanya itu di dalam kategori yang disebut oleh para ‘alim-ulama’ ( rh ) kita sebagai [color=red] “ HIKMAH at-TASYRIE ‘ “ ( حكمة التشريع ) . [/color]

Memang ada sebuah kitab khas yang tebal yang diberikan nama itu . Tapi , saya sendiri tidak pasti adakah kitab itu sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda ataupun bahasa Indonesia .

Namun yang perlu kita sama-sama fahami ialah , bukan semua amal-ibadat itu boleh kita ketahui dengan akal kita mengapakah ianya ditasyrie’kan ( diatur begitu oleh Allah Ta’ala ) . Ada beberapa bentuk ibadah ( yang dinamakan ‘ibadah mahdhah / ‘ibadah khossah ) yang kita sendiri tidak tahu mengapakah ianya mesti begitu dan begini .

Contohnya : [color=red] PUASA RAMADHAN [/color]. Mengapakah kita berpuasa ? . Sebabnya ada dua . Sebab pertama dan yang paling utama ialah kerana ianya adalah perintah dan ketetapan Allah Ta’ala agar kita menjadi manusia yang bertaqwa . Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , ayat ke – 183 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

[color=red] Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman , telah diwajibkan ke atas kamu agar berpuasa sebagai mana ianya juga telah diwajibkan kepada golongan sebelum kamu . Mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa “ . [/color]

Manakala sebab kedua pula agar kita menjadi lebih sihat [color=red]: صوموا تصحوا: “ Berpuasalah kami , pasti kamu akan menjadi sihat “ . [/color]

Kedua-dua sebab ini masih boleh kita fikirkan mengapa ianya disyariatkan dan otak kita masih dapat “ menangkap “ apakah hikmah di sebalik pensyariatan ( peraturan ) puasa .

Akan tetapi apakah hikmah , rahsia dan kelebihan disebalik puasa itu mestilah dilaksanakan semenjak masuknya waktu Subuh sehinggalah menjelangnya Maghrib ? . Mengapakah tidak puasa itu disyariatkan semenjak jam 8.00 pagi hingga ke 4.30 petang sebagai mana waktu pejabat , bukankah itu lebih memudahkan kita ? . ~ Jawapannya : KITA TIDAK TAHU MENGAPA MESTI BEGITU ? .

Mengapakah kita tidak boleh sekadar minum ketika berpuasa , tidakkah kita terasa dahaga khasnya di tengahari , kemudian kita terus menyambung puasa kita ? . ~ Jawapannya : KITA TIDAK TAHU SECARA BENAR-BENAR PASTI MENGAPA MESTI BEGITU ? .

Contoh Kedua : [color=red] SEMBAHYANG [/color] . Mengapakah kita bersembahyang ? . Jawapannya kerana ia adalah kewajipan yang telah difardhukan oleh Allah Ta’ala di dalam konteks kita sebagai hamba-hamba-Nya dan sebagai satu cara mengingatinya yang paling berkesan . Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Toha , ayat ke-14 :

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

[color=red] Ertinya : “ ( Wahai Musa ! ) Sesungguhnya AKU ini adalah Allah Yang tidak ada sama sekali Tuhan ( yang layak disembah ) selain dari-KU maka sembahlah AKU , dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati-KU ! “ . [/color]

Sembahyang juga diwajibkan sebagai satu didikan agar seseorang hamba Allah Ta’ala itu dapat mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan yang keji dan mungkar . Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-‘Ankabut , ayat 45 :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

[color=red] Ertinya : “ Dan bacalah ( Wahai Muhammad ! ) apa yang telah diwahyukan kepada kau daripada isi-isi kitab ( Al-Quranul Karim ) dan dirikanlah sembahyang . Sesungguhnya sembahyang itu dapat menegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar . Dan mengingati Allah itu lebih besar ( daripada ketaatan selainnya ) . Dan Allah lebih mengetahui apa yang kamu kerjakan “ . [/color]

Itu adalah sebab utama mengapa kita menunaikan sembahyang .

Namun jika kita ditanya pula : “ Mengapakah kita mesti menunaikan sembahyang fardhu 5 waktu sehari-semalam ? . Tak bolehkah kita tunaikan 1 waktu sahaja iaitu di waktu Isyak kerana waktu Isyak itu panjang masanya ? . Tidakkah sembahyang Subuh menyebabkan kita lambat untuk ke pejabat . Tidakkah sembahyang Zuhur menyebabkan masa “ lunch “ kita terganggu ? . Tidakkah sembahyang Asar menyebabkan kita susah kerana biasanya di waktu itu kita sibuk untuk “ punch card “ dan sibuk mengelakkan “ traffic-jam” ? . Tidakkah sembahyang Maghrib juga menyusahkan kita sedangkan ada di kalangan kita yang baru sampai ke rumah daripada pejabat mereka di waktu itu dan pasar-pasar malam juga meriah di waktu itu laaa ? “ .~ Jawapannya : KITA TIDAK TAHU MENGAPAKAH MESTI DITUNAIKAN SEMBAHYANG ITU 5 KALI SEHARI-SEMALAM .

“ Mengapa sembahyang kita ada niat , takbiratul ihram , qiyam , rukuk , iktidal , sujud , duduk dan sebagainya….??? “ . KITA PUN TETAP TIDAK TAHU MENGAPA MESTI SEDEMIAN TATACARA SEMBAHYANG KITA .

Pendek kata : Bukan setiap ibadat itu dapat kita ketahui mengapakah mesti begitu dan begini . Tetapi kita yakin jawapan yang pasti akan kita berikan di dalam keadaan tidak tahu apakah sebab-musababnya ialah : [color=red] KITA TIDAK TAHU MENGAPAKAH KITA MESTI MELAKSANAKAN IBADAH ITU DAN INI . YANG PALING PENTING IALAH DISEBABKAN IANYA ADALAH ARAHAN ALLAH TA’ALA , MAKA TAK DAPAT TIDAK , HENDAKLAH KITA MENJUNJUNGNYA DAN MELAKSANAKANNYA !!! “ . [/color]

Dan inilah dia kata-kata orang-orang yang masih ada saki-baki keimanan yang kental kepada Allah Ta’ala . Mereka sedar mereka adalah hamba-hamba dan kuli-kuli bagi Allah Ta’ala , sedangkan DIA adalah TUHAN kita . Laksana seorang kuli-batak , bolehkah dia bertanya kepada bossnya : [color=red] “ Boss ! kenapa saya mesti buat itu dan ini …kenapa saya , mengapa saya , why me boss !!! “[/color] . Sudah tentu bossnya akan menjawab : [color=red] “ Hei ! sedarlah sikit kau tu siapa ! . Dah tau kau tu hanyalah kuli-batak aku , maka jangan mengada-ngada ndak tanya banyak . Jangan banyak songel ya !!! “[/color] .

Seorag mukmin sejati dia tidak kira , sama ada dia mengetahui ataupun tidak falsafah , hikmah dan rahsia sesuatu ibadat , namun ibadah itu tetap akan dia laksanakannya . Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , ayat ke-285 yang menggambarkan sifat sebenar orang-orang yang beriman :

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

[color=red] Ertinya : “ Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "KAMI DENGAR DAN KAMI TA'AT." (Mereka berdo'a): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." [/color]

Firman Allah Ta’ala lagi di dalam Surah An-Nur , ayat 51 :

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

[color=red] Ertinya : “ Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan : "KAMI MENDENGAR DAN KAMI PATUH". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung “.

Inilah sifat sebenar orang – orang beriman iaitu sentiasa menyatakan : SAMIE’NA WA ATO’NA سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا : Kami Dengar Dan Kami Patuh ! We Hear And Obey ! . [/color]

***************************************
MASALAH ‘IDDAH & HIKMAHNYA :

Untuk mengetahui hukum-hakam dan hikmah disebalik ‘IDDAH ini , tidaklah mencukupi dengan sekadar melayari web-web agama di dalam alam maya ( internet ) . Ini disebabkan konsep halaman-halaman web ialah memberikan JAWAPAN YANG RINGKAS , PADAT DAN TEPAT . :grin:

Untuk mengetahui jawapannya secara detail lagi terperinci , maka kita mestilah mempelajari selok-belok pengetahuan Islam secara “ menadah kitab “ , “ berbincang dengan guru-guru ataupun teman-teman yang mahir ” dan sudah tentulah dengan mengambil masa yang agak panjang ( berbanding dengan hanya melayari halaman-halaman web sejam-dua ) .

Kerana itulah Al-Imam Syaikhuna Al-‘Allamah Asy-Syafie’ ( rh ) telah memberikan nasihatnya :

أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك عن تفصيلها ببيان
ذكاءٌ وحرصٌ واجتهادٌ وبُلْغَةٌ
وصحبةُ أستاذ وطول زمان

[color=red] “ Wahai saudaraku ! , kamu sekali-kali tidak akan mencapai ketinggian ilmu melainkan dengan 6 cara , dan itu akan ku khabarkan kepada mu dengan menjelaskan cara-cara tersebut :

1 – Mestilah ada kecerdikan .
2- Mestilah ada kesungguhan .
3 – Mestilah ada usaha yang gigih .
4 - Mestilah ada kematangan ( ilmu dan berfikir ) .
5 – Mestilah bersahabat dengan guru .
6 – Dan mestilah panjang masa belajar “ . [/color]

Namun untuk tidak menghampakan permintaan saudara yang kami kasihi , kami akan menjelakan juga mengenai ‘iddah itu di dalam penerangan yang ringkas ;

[color=red] ‘IDDAH ( عِدَّةٍ ) [/color] ertinya : Masa menunggu , iaitu waktu seseorang isteri menanti masa dia boleh berkahwin dengan suami lain sesudah dia diceraikan oleh suaminya sebelum ini . Isteri-isteri yang telah diceraikan, tidak boleh terus berkahwin dengan lelaki-lelaki lain sebelum tiba waktu tersebut . Dan waktu itulah yang digelar sebagai ‘IDDAH .

‘Iddah seseorang isteri yang telah diceraikan , sekiranya dia diceraikan di dalam keadaan “ suci “ , maka ‘iddahnya setelah tiba 3 kali haidh ataupun 3 kali suci drp haidh ( Surah Al-Baqarah , ayat 228 ) .

‘Iddah bagi seseorang suami yang kematian suaminya ialah :

1 – Jika si isteri itu mengandung , maka ‘iddahnya ialah sampai lahir anaknya .

2 – Jika si isteri itu tidak mengandung , maka ‘iddahnya ialah 4 bulan 10 hari .

3 – Jika si isteri itu sudah “ putus haidh “ ( menopause ) maka ‘iddahnya adalah selama 3 bulan .

Manakala bagi isteri yang sedang mengandung , maka ‘iddahnya ialah setelah melahirkan anaknya.

Adapun isteri yang sudah berhenti daripada mengeluarkan haidh kerana telah tua ( menopause ) ataupun isteri yang masih belum keluar haidh kerana masih budak-budak , maka ‘iddah mereka ialah 3 bulan ( Surah At-Talaq , ayat ke – 4 ) .

APAKAH HIKMAH DIADAKAN TEMPOH ‘IDDAH INI ? :

1 – Bagi suami-isteri yang telah bercerai , maka tempoh ‘iddah inilah boleh digunakan untuk memikirkan baik-buruknya perceraian di antara mereka berdua , dan di dalam masa ini jugalah setiap pasangan itu boleh berfikir kembali sama ada untuk melakukan rujuk ( kembali ke pangkuan pasangan masing-masing ) ataupun meneruskan kehidupan masing-masing setelah sama-sama bersetuju untuk bercerai ( berpisah ) .

2 – ‘Iddah bagi seorang perempuan yang dicerai ditetapkan melepasi 3 kali suci ataupun 3 kali haidh , memberikan peluang bagi rahim isteri tersebut benar-benar suci dari benih ( sperma ) bekas suaminya . Dan ini boleh mengelakkan perselisihan mengenai siapakah bapa sebenar bagi kandungan itu .

***************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

[color=red] 1 – MAUSU’AH AL-QURAN al-KARIM – ESC Software

2 – KAMUS PENGETAHUAN ISLAM – Hj Dasuki Hj Ahmad – YADIM ( 1976 )

3 – ASAS-ASAS FARDHU ‘AIN – Allahyarham Ust Sulaiman Endut – Pustaka Haji Abdul Majid

4 – PANDUAN KESIHATAN WANITA – Prof. Dr. Hamid Arshat – Syarikat S. Abdul Majeed [/color]

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment