Salam
Tajuk soalan: Nafkah untuk isteri yg berkareer. Sekiranya seorang isteri memilih untuk tinggal berjauhan dari suaminya kerana ingin meneruskan kerja di tempat lamanya (sebelum berkahwin) dengan alasan ingin membantu meringankan beban suaminya, dan hanya berjumpa suaminya sekitar 2-3 hujung minggu dalam sebulan (suami yang pulang menemui isterinya), dalam hal ini, apakah pandangan pihak al-ahkam?
Perlukah suami memberi wang nafkah kepada isterinya sedangkan isterinya bekerja dan tidak tinggal serumah?
Suami itu juga mengeluarkan belanja yang banyak hanya untuk pulang hampir setiap minggu untuk menemui isterinya.
Apakah hukumnya jika isteri berkeras mahukan suami membayar nafkah untuknya tetapi pada masa yang sama berkeras untuk tidak mengikut suaminya kerana ingin bekerja?
Diharap pihak al-ahkam dapat menguraikan kekusutan ini.
Wassalam
********************
g@y@t
Salam
Pertama sekali kami memohon maaf krn lewat menjawab soalan sdr. Ini krn panel2 fiqh semuanya sibuk dgn urusan peribadi masing2. Insya Allah saya akan cuba menjawab setakat yg mampu. Dan sekiranya tidak lengkap, panel fiqh lain pasti akan menambah kemudian nanti.
Pertama sekali, dalam menajawab soalan sdr, perlu dijelaskan bahawa nafkah itu wajib bagi suami ke atas isterinya. Nafkah ini bukannya hanya nafkah zahir, bahkan juga nafkah batin. Dalilnya:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (QS. 65:7)
Suami juga mempunyai hak2 tertentu dalam kes2 tertentu ke atas isterinya. Dalam persoalan ini, kita lihat, apakah suami mempunyai hak utk melarang isteri bekerja. Sheikh Sayyid Sabiq dalam fiqhus sunnah mengatakan para ulama’ membezakan jenis pekerjaan siisteri dalam menentukan hak suami.
1. pekerjaan yg mengurangi hak suami
2. pekerjaan yg merugikan suami
3. pekerjaan yg tidak merugikan suaminya
Golongan pertama, ulama’ sepakat melarangnya. Golongan kedua pula mereka membolehkannya. Ibn Abidin dari kelompok hanafiah mengatakan bhw suami boleh melarang isteri dari bekerja pada pekerjaan yg dapat mengurangi haknya. Manakala utk golognan kedua, beliau bependapat tidak ada alasan utk suami menghalang isterinya. Kalau kita mengaitkan kpd kes sdr, saya menggolongkan isteri gologna pertama. Krn spt yg dijelaskan, hak bukan hanya berbentuk wang, ttp juga hak yg lain2 spt layanan dan seumpamanya. Berjauhan dgn suami itu sesungguhnya mengurangkan hak suami. Suami berhak utk melarang isteri dan menyuruhnya supaya ikut bersamanya. Dan isteri, bila diminta oleh suami, maka wajib taat. Dalilnya:
Rasulullah saw bersabda, “Hak suami atas isterinya(tanggungjawab isteri terhadap suami), bhw isteri tidak boleh meninggalkan hamparan(tikar) sauaminya, hendaklah menerima baik pemberian suaminya, hendaklah taat kpd perintah suaminya, tidak boeh keluar dari rumahnya kecuali dgn izin suaminya dan tidak membawa org yg dibenci oleh suaminya masuk rumah.”[HR Tabrani]
Sekiranya, isteri engkar, maka siisteri itu berdosa. Bahkan ia tidak lagi berhak mendapat nafkah dari suami. Krn salah satu punca isteri hilang hak nafkah ialah isteri bekerja, sedangkan suaminya melarangnya utk bekerja dan isterinya tidak mengendahkan arahan suaminya.
Rasulullah saw, “Jika aku suruh seseorang sujud kpd seseorang yg lain, nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya disebabkan besarnya tanggungjawabnya.”
Namun, sekiranya apa yg dialami oleh sdr itu merupakan hasil persetujuan bersama, maka ia tidak termasuk dalam bab nusyuz atau seumpamanya. Dan suami masih wajib memberi nafkah kpd isterinya sekalipun isterinya bekerja. Krn dalam syara’, yg wajib menanggung beban keluarga ialah bapa, bukan isteri. Sekiranya suami tidak memberi nafkah, maka dia termasuk lelaki yg dayus dan berdosa.
Kesimpulannya, suami berhak melarang isterinya bekerja dan mengarahkan isterinya utk turut pulang ke tpt dia bekerja. Siisteri pla wajib mentaati suami jika suami bertegas. Ttp sekiranya, masing2 bertolak-ansur dan bersetuju dgn keadaan skrang, tidaklah menjadi kesalahan. Namun, nafkah tetap wajib bagi suami ke atas isterinya walaupun isteri itu bekerja. Bahkan jika isteri itu bergaji lebih besar dari suami pun, hukumnya tetap wajib bagi suami memberi nafkah.
Sekian. WA.
Wassalam
RUJUKAN
Fiqhus sunnah
Sheikh Sayyid Sabiq
400 Soal Jawab Nikah Kahwin
Hj Said Hj Ibrahim
------------------------------
Wassalam
Tas-hih/Tahqeeq
Quote:
"Apakah hukumnya jika isteri berkeras mahukan suami membayar nafkah untuknya tetapi pada masa yang sama berkeras untuk tidak mengikut suaminya kerana ingin bekerja?"
Hukum fiqh pada bab Nafkah menetapkan nafkah GUGUR dari isteri spt yg disifatkan. Sifat keras kepalanya yg enggan menta'ati suami itu menggugurkan hak nafakah. (DR alBugha, Fiqh alManhaji, Jld 4/259), Abu Yahya Zakaria alAnsari, alI'lam wa Ihtimam/336),Allamah Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Jld 3, Darul Turath alArabi, 3/128, Dr Wahbah, Fiqh Islami: 7/806.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum.saya ingin bertanya.saya sudah brkhwin dan mempunyai anak 3 org.sy bekerja.suami bkerja juga sbg buruh.masalah sy ialah apabila suami mula menyuarakan keinginannya agar sy brhnti bkerja dan tinggal d rumah utk mnjaga ank dan menjaga pkai mnum bliau.sy akaui spnjang sy bkerja..sy trlalu sibuk dan ank2 sring terabai.malahan sy rasa ingin brhnti seperti yg diinginkan suami ttpi kluarga sy seakan memandang serong krna apabila wanita tdak kerja..tiada duit sndri..mohon pencerahan.sy sngt buntu
dlm hati sy berasa sronok nk berada d rumah.jauh dri tekanan kerja..ingin mngasuh ank2 sndri..apakah kputusan yg tepat..disamping ingin mnjga hti kluarga
Post a Comment