Jan 29, 2009

Rencam Soalan Istihadah, Puasa, Doktor

Salam

maaf sekiranya soalan saya berulang.saya cuba mencari dlm koleksi soalan2 dan dalam topic2 berkaitan, tetapi x jumpa masalah2 yg hendak dikemukakan dan klu ada jumpa pun(dlm koleksi soalan2 berulang) tak boleh dibuka url nya.mohon pertolongan tuan2

1) hukum seorang wanita memakai tampon (ketika istihadah) semasa berpuasa @ hukum seorng lelaki memasukkan kain/ tisu kedalam lubang qubul untuk menghalang dari incontinence( kencing tak lawas) semasa ia berpuasa?
ringkasnya,hukum memasukkan sesuatu (bukan makanan) yg bukan bertujuan perubatan kedalam lubang qubul/dubur semasa berpuasa?

2) seorang hamba Allah luarannya wanita yg bergenetic XY.dia mempunyai penyakit androgen insensitization syndrome/testicular feminization syndrome.semua ciri2 perempuan ada,tetapi dia tiada uterus/rahim dan vagina nya pendek.dia sememangnya x dapat mengeluarkan ovum..haruskan perempuan yg bergenetic lelaki ini berkahwin dgn lelaki?

3) hukum seorang doctor lelaki menjadi pakar sakit puan ( obstetric and gynaecology) kerana minat walhal banyak lagi kepakaran yg boleh diambilnya.

4) batalkah wuduk jika bersentuhan antara lelaki dan wanita mengikut jumhur dan apa pendapat yg kuat?

5) bolehkah inzal dilakukan sebagai mencegah kehamilan?

terima kasih kepada sesiapa yg menjawab...

***************************************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

1) Wanita istihadzah dan lelaki kencing tidak tus tidak ada masalah dengan puasa. perbuatan wanita memakai tampon dan lelaki menahan diri dari kencing tidak tus tidak membatalkan puasa. ia termasuk daerah yg didiamkan syara' dan kita tidak perlu mencari-cari hukum atasnya. nasihat Dr qardhawi dalam Fiqh Siyyam.

2) Dalam fiqh ada dua istilah mengenai jantina yang mengelirukan.
a. Khuntsa atau pondan tulin atau dalam bahasa Inggeris hermaphrodites yakni seseorang yg mempunyai dua alat kelamin sekali gus.

b. mukhannath atau bapok atau mak nyah ialah lelaki yang memiliki sifat perempuan.Dari apa ayng anda sebutkan itu, perempuan yang ada genetik lelaki, juga termasuk dalam ciri mukhannath.

Ini memerlukan kepada pertemuan antara pakar perubatan dengan majlis mufti, di mana wanita yg malang ini hendaklah terlebih dahulu menjalani rawatan dan diagnosis sekumpulan pakar dan selepas mendapat pengesahan barulah mengemukakan kes kepada pejabat Mufti. Dari segi teknikaliti, Akademi Fiqh Islam yang berpengkalan di Mekah menetapkan boleh dihilangkan salah satu sifat pada mukhannath menurut penetapan pakar perubatan (Syaikh dr Muhammad Khalid Mansur, al-Ahkam alTibbiyah, Kuwait: darul nafa'is, ms 207. Jadi keputusan perkahwinan itu hendaklah ditentukan oleh pakar perubatan dan mufti Malaysia. Ini kerana ia melibatkan pendaftaran nikah yang termasuk dalam enakmen kekeluargaan Islam Malaysia.

3) hukum lelaki mendalami ilmu perubatan wanita dan sakit puan adalah harus, begitu juga perempuan mendalami ilmu perubatan bagi penyakit lelaki. Ini kerana perubatan termasuk dalam urusan dharurat. Aisyah dan wanita Islam di zaman silam merawat tentera-tentera lelaki di medan perang. Fiqh perubatan sudah menggariskan hukum hakam bagaimana doktor lelaki boleh merawat pesakit perempuan atau doktor perempuan boleh merawat pesakit lelaki atau doktor bukan Islam boleh merawat pesakit wanita Islam. (lihat Dr Basri Ibrahim , Rawatan dalam Islam, JB: Jahabersa, edisi 2004, ms.53)

4) Jumhur tidak membatalkan wudhu' akibat sentuhan antara jantina. Maka pendapat jumhur adalah lebih kuat berbanding pendapat madzhab Syafi'iy yang menetapkan batal secara mutlak. (Qardhawi, Fiqh Thaharah)
Sudah banyak dibahathkan dalam laman web kami, sila browse ruangan Fiqh Taharah al-Ahkam (Ruangan archive Fiqh)

5) inzal bererti ejakulasi, manakala istilah yang lazim digunakan ialah 'azal atau suami melepaskan maninya di luar faraj isterinya.
Hukumnya harus kerana Jabir bin Abdullah meriwayatkan sahabat2 berbuat demikian sedangkan al-Qur:an masih turun dan ia tidak mencegahnya. (HR Bukhari-Muslim)

Mudah-mudahan jawapan kami yg juga dalam bentuk ASAP memuaskan hati anda.

sekian

0 comments:

Post a Comment