Salams...
Saya nak tanya sekiranya ada seseorang isteri yang diceraikan dengan talak dua dan abis waktu ruju' sehingga 3 kali suci hendaklah dengan dinikahkan smula dgn akad baru... so persoalannya adakah lelaki tersebut mempunyai 3 talak baru seperti org baru berkahwin? atau ia masih terikat dgn turutan talak lama ?
_________________
Salam
Talak sebegini dinamakan Talaq Bain Sughra. Mereka yg ingin mendapatkan bekas isterinya, hendaklah memperbaharui aqad serta maharnya. Adapun mengenai baki talak, terdapat perbezaan pendapat di kalangan fuqaha’. Berikut kita ringkaskan:
Apabila telah dinikahi kembali isteri yg telah habis waktu iddahnya, maka baki talaqnya adalah sisa talak yg tertinggal sebelumnya. Iaitu; sekrianya si suami telah mentalakkan isterinya sekali, maka talak yg ada padanya walaupun sesudah habis iddah, adalah 2 sahaja. Ini merupakan pendapat Syafi'iyyah dan Malikiyyah. Demikian juga pendapat Khalifah Umar ra.
Manakala Abu Hanifah dan Abu Yusuf berpendapat, suami yg mengahwini isterinya semula, memperolehi kembali semua hak talaknya iaitu ketiga2 talak.
Sekian. WA.
Wassalam
Fiqhus sunnah 8
Sayyid Sabiq
Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ustaz Basri Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment