Feb 18, 2009

Masalah Haid Melebihi Tempoh Biasa

Petikan Jawapan ahli panel (thtl)

Posted: July 25, 2007 - 12:01 PM

--------------------------------------------------------------------------------
Apabila kecelaruan haidh itu berlaku selepas pengambilan suntikan perancangan kelahiran (Birth Control), itu menandakan side-effect pertama yang dialami oleh isteri anda gara-gara suntikan tsb. Ini kena diajukan kembali kepada doktor yang memberi suntikan tsb.

Mengenai kecelaruan haidh yang dialami oleh isteri anda sekarang, anda boleh mengikut Fiqh Syafi'iyah yang membataskan had maksima waktu haidh kepada 15 hari tanpa mengambil kira hari-hari yang mana tiada darah keluar. Hikmahnya supaya haidh itu kembali stabil seperti sedia kala. WA

Ingin saya merujuk kepada permasalah haid yang ditulis oleh syeik muhamad bin shaleh al 'utsaimin dan diterjemah oleh muhammad yusuf harun
sila lawati laman web ini :-

http://www.scribd.com/doc/6284908/Darah-Kebiasaan-Wanita

Mohon penerangan lanjut mengenai masalah kedatangan haid yang melebihi daripada hari biasa sehingga 2 minggu ...

Jika mengikuti Fiqh Syafi'iyah selepas 15 hari seorang wanita boleh melakukan seperti biasa termasuk bersama suami walaupun nyata masih ada darah .....

Jika mengikut kupasan masalah haid drp syeik muhamad bin shaleh al 'utsaimin dan diterjemah oleh muhammad yusuf harun kena tunggu sehingga nyata tiada darah haid .....

Saya terkeliru yang mana satu perlu saya ikuti dalam pemasalahan haid yang melebih hari biasa ... jika tersalah melibatkan dosa besar .......

Pohon penjelasan .....

walahualam

*******************
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

Bismillahi wal hamdulillahii ,

Sebenarnya tidak ada perbezaan atau kekeliruan pun antara jawapan Thtl dan Syaikh Uthaimin mengenai dengan tempoh masa maksimum darah haid.

Ini kerana , apa yang diutarakan oleh Thtl itu , adalah mengikut pandangan Mazhab Syafie dan Hanbali yang mana tempoh paling cepat darah haid ialah sehari semalam dan maksimumnya ialah 15 hari.

Mazhab Hanafi pula berpendapat tempoh paling cepat ialah selama 3 hari dan paling maksimum ialah 10 hari.

Jika kita lihat pula pandangan Imam Malik , bahawa masa berlangsungnya haid itu tidak ada tempoh tertentu.Begitu juga tidak ada batasan masa yang paling lama / maksimum.Sebagimana dalil daripada firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 222:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى

Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran."

Berdasarkan kepada maksud firman Allah swt di atas , bilamana tempoh masa maksimum tidak diitetapkan , maka cara atau kaedah yang digunakan untuk menentukan bilakah masa haid itu telah habis ialah dengan cara apabila darah haid itu terhenti , iaitu tidak ada darah lagi yang keluar.

Maka , secara kaedahnya , kita boleh mengikut kaedah penentuan yang mana bersesuaian dengan keadaan dan situasi yang berlaku.Bagi wanita yang mengalami tempoh masa haid yang stabil , sudah tentu dia akan dapat mengagak bilakah yang dikatakan darah haid dan bila pula yang dikatakan darah Istihadhah.Ini dapat ditentukan melalui kebiasaan datang dan tamatnya darah haid pada setiap bulan.

Bagi mereka yang tidak dapat menentukannya , boleh menetapkan hukumnya dengan cara melihat kepada warna darah yang keluar sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh An-Nasaie daripada Fatimah binti Abu Hubaisy :

“Sesungguhnya darah Haid itu hitam seperti diketahui ramai.Jika terjadi seperti itu , maka tinggalkanlah solat.Jika yang keluar itu adalah darah lain maka berwudhuklah dan solatlah.”
(An-Nasaie , jilid 1 , ms : 102)

Atau pun boleh juga mengguna pakai kaedah yang ditetapkan oleh Mazhab Syafie , iaitu dengan menetapkan tempoh maksimum selama 15 hari.

WA

Ruj :
Al-Mughni , Ibn Qudamah
Al-Mufassal , Dr Abd Karim Zaidan

10 comments:

sarah said...

Salam..

Sy keliru sbb kedatangan haid sy tidak menentu.
Kadang2 1 bulan x datang.. Kalau datang pun x sampai 1 minggu.. Tarikh haid sy pun x tentu kadang2 awal bulan kadang2 hujung bulan....

Sy keliru apakah ia blh mengakibatkan sy tidak subur??

Sarah

Guest said...

Salam Puan,

Masalah Puan ini lebih kepada persoalan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan, tidak menyangkut masalah fiqh.

Lebih menasabah sekiranya Puan mendapatkan nasihat pakar perubatan. Wallahu'alam.

Anonymous said...

salam..sy datang haid dalam 8 hari,selepas 11 hari dari berenti haid,kuar cairan yang berwarna coklat hitam..untuk pengetahuan,period saya datang mmg tidak teratur setiap bulan..kadang2 lewat,kadang awal bulan..dan kadang2 period saya kuar berbentuk darah,kadang hanya coklat2 saja..soalan saya adakah cairan berwarna coklat hitam itu tadi bukan haid?sebab ia sudah melebihi masa haid yg maksimum 15 hari..sebab saya sekarang ni guna kaedah yg 15 hari x suci,15 hari suci..adakah sy benar dlm perkiraan ini?

Admin said...

Assalammualaikum

HR Abu Daud (Sunan: 1/78/# 304) dari Fatimah bte Abu Hubaisy ra, "[sabda] Jika haidh datang, darahnya dikenali dgn warna kehitaman dan hentilah solat. Jika warnanya selain itu, maka berwudhu dan solatlah." (Albani, sahih Sunan Abu Daud/# 263)

Jika awak keliru anggaplah haid dalam 7 hari gitu selebihnya anggaplah istihadoh dan lakukan solat.

rujuk jawapan Ust Thtl: http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2010/02/tempoh-istihadah.html

Anonymous said...

Asalamualikum.

Saya mempunyai maslah haid yg tidak tetap. Adakalanya sehingga 2 bulan tanpa henti & terpaksa mengambil ubat menghentikannya. Saya sudah mempunyai seorang anak perempuan.Untuk pengetahuan ustaz, suami saya mula bersungut dan meluahkah rasa ingin berkahwin lagi dengan keadaan saya ini. Apa pendapat Ustaz?

akuhuduh said...

ikut mazhab syafeei... sebanyak haid tempohnya ialah 15 hari saje...
apa2 darah yg kuar selepas tu dikira darah istihadah
dan tempoh minima suci ialah 15 hari....

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Kalau datang darah haid yang tak menentu ini, bolehkah kita bersama dengan suami..atau perlu tunggu tiada darah kelihatan baru boleh?

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Saya mempunyai masalah haid yang melebihi tempoh maximum 15 hari..setelah melebihi 15 hari saya akan mandi hadas dan mula bersolat seperti biasa walaupun darah haid masih ada..sekarang saya telah pun berkahwin..bolehkah saya melakukan persetubuhan bersama suami saya setelah tempoh maximum 15 hari?atau saya masih perlu menunggu darah haid saya betul2 kering dan baru boleh melakukan persetubuhan?

akuhuduh said...

tuk jawapan segera bole rujuk sini...

http://groups.yahoo.com/group/haidistihadah/message/16

Anonymous said...

Assalam Ustaz, masalah saya agak lain. Diceraikan suami awal bulan julai dan telah berada didalam tempoh iddah selama 2 bulan setengah (kiraan calendar). Haid memang tidak datang selama lebih 6 bulan kerana memakai perancang keluarga. Bagaimana kiraan tempoh iddah jika tiba2 haid datang setelah 2 bulan lebih telah lalui tempoh iddah? Perlukah ikut tempoh haid sedangkan haid datang 6 bulan - 12 bulan sekali. Perlu nasihat, terima kasih.

Post a Comment