potong kuku semasa haid apa hukumnya?
********************
thtl
Jawab
Hukumnya boleh. Begitulah kata allamah Sayyid Sabiq Mantan Rektor alAzhar dalam kitabnya Fiqh sunnah (1/100, cetakan Darul Fath, Cairo, edisi tahqeeq)
Sayyid Sabiq menggunakan hadis alBukhari dari Atha' (hadis mu'allaq*)
Dari Atha': " Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan rambut tanpa perlu berwudhu' terlebih dahulu." (Imam Ibn Hajar Asqolani, alFath 1/466)
JUga dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam alMusanif dari jalur Ibn Juraij.
* Mu'allaq = hadis tergantung kerana terputusnya dari awal sanad seorang atau lebih perawinya.
Hadis Mu'allaq alBukhari perlu dibuat kajian lanjut kerana kemungkinan sanadnya ada dalam hadis lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment