Jan 20, 2009

Adakah Suara Wanita Itu Aurat?

Benarkah suara itu aurat bagi wanita?

**************

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih lagi sekali kepada sdr Zayed yang telah menjawab soalan diatas.

Suara wanita bukanlah aurat dan ia dituturkan didalam batas-batas syara' yang telah ditetapkan. Suara wanita perlulah dibataskan agar tidak berbentuk menggoda, atau kerana ingin menarik perhatian dan membangkitkan syahwat lelaki, dan supaya tidak menimbulkan fitnah. Ia akan menjadi haram jika timbulnya Fitnah. Berkata Dr Nasr Farid Wassel, Mufti Mesir mengenai wanita membaca Al-Quran di hadapan lelaki :

الإسلام لا يَسُدُّ على المرأة بابًا من أبواب الخير تتسع له طاقاتها وتُؤهِّلها له إمكاناتها، ويَحثُّها على أن تستغلَّ كل مَواهبها التي وَهَبَها اللهُ إيَّاها، شريطةَ أن تقف عند حدود الدين والأخلاق، ولا تَحرُمُ قراءتها أمام الرجال أو إظهار صوتها إن كان مُحقِّقًا لهذا الغرض الشرعيِّ إن كانت مع مَحرم لها ومع أمْن الفتنة، بشرط ألا تتكسَّر في كلامِها أو تَستثير الرجال بالمدِّ والترخيم وما إلى ذلك مما هو خارج عن حدود النطق السليم ويدعو إلى الإثارة والشهوة لدَى السامعين، لقوله تعالى مُخاطبًا نساءَ النبيِّ خاصة ونساء المؤمنين عامَّة:
(يَا نساءَ النبيِّ لَسْتُنَّ كأَحَدٍ مِنَ النساءِ إنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بالقَوْلِ فيَطْمَعَ الذي في قلْبِهِ مَرَضٌ وقُلْنَ قَوْلًا مَعروفًا) (الأحزاب: 32).

Kesimpulan jawapan Mufti tersebut :

"Islam tidak menghalang atau menutup pintu-pintu bagi seorang wanita itu meluaskan keupayaan dan kelebihannya, dan digalakkan mereka menyumbangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, dengan syarat ia tertakluk kepada batasan agama dan akhlak. Pembacaan seorang wanita tidaklah diharamkan dihadapan lelaki atau menzahirkan suaranya bagi mencapai penyampaian yang baik dan dibenarkan oleh syara', jika dengan adanya mahramnya, dan aman dari fitnah. Dengan syarat juga ia tidak perkataannya tidak membangkitkan keinginan lelaki dengan memanjang-manjangkan dan melembut-lembutkan , dengan membataskan sebutan-sebutan yang lembut dan mengajak kearah membangkitkan syahwat disisi pendengar. Firman Allah swt kepada isteri-isteri Nabi khasnya dan seluruhan Mukminin amnya :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - [Al-Ahzab : 32)""
---------

Berkata Imam Ibnu Kathir berkenaan dengan surah Al-Ahzab [53 dan 32] :

: أي لا تُلِنَّ القول . أمرهن الله أن يكون قولهن جزلا وكلامهن فصلا ، ( أي يكون كلامها جادا مختصرا ليس فيه ميوعة ) ولا يكون على وجه يظهر في القلب علاقة بما يظهر عليه من اللين ، كما كانت الحال عليه في نساء العرب من مكالمة الرجال بترخيم الصوت ولينه ، مثل كلام المريبات والمومسات ، فنهاهن عن مثل هذا .
فيطمع الذي في قلبه مرض أي يتطلّع للفجور وهو الفسق والغزل .
والقول المعروف: هو الصواب الذي لا تنكره الشريعة ولا النفوس. والمرأة تندب إذا خاطبت الأجانب وكذا المحرمات عليها بالمصاهرة إلى الغلظة في القول , من غير رفع صوت ، فإن المرأة مأمورة بخفض الكلام . انتهى .

"Ini bermakna mereka tidak boleh bercakap secara lembut. Allah merintahkan mereka bercakap secara padat dan tegas (mereka seharusnya serius dan ringkas perkataannya, dan tidak bercakap tidak tentu arah) . Tidak memungkinkan menunjukkan tanda-tanda di wajah mereka apa-apa kelembutan didalam hati mereka, sebagaimana wanita Arab (sebelum Islam) biasa melakukan apabila bercakap dengan lelaki, dengan melembutkan suara mereka seperti wanita yang menjaga kanak-kanak, atau seperti pelacur. Allah melarang wanita melakukan seperti itu.

Perkataan "menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) " membawa makna keinginan mereka yang ingin melakukan perkara yang mungkar atau syahwat. "berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) " bermakna bercakap dengan tidak melanggar syariah atau kejahatan. Wanti digalakkan apabila bercakap dengan mereka yang bukan mahram dengan keadaan yang seruis dan ucapan yang padat, tanpa meninggi suara, kerana mereka diarahkan merendahkan suara mereka"
-------------

wallahu'alam, wassalam

2 comments:

Unknown said...

Assalam

Unknown said...

Assalam

Post a Comment