Salam
Terima kasih kpd panel2 fiqh al-ahkam atas semua jawapan2 utk soalan2 saya sebelum nie.
Nak tanye satu lagi perkara....skang nie dah macam ade pihak yg ingin dan cube utk mengembalikan semula adat2 bersanding sewaktu majlis kenduri kahwin...cume yg beza ialah...mereka membuat majlis bersanding tersebut dlm rumah atau dlm majlis tertutup yg hanya boleh dilihat dan ditonton oleh family sahaja.
Adakah majlis persandingan seperti di atas nie dibenarkan oleh syara'?
Kalau dibenarkan, siapakah dlm ahli2 "family" yg dibenarkan tgk??...adakah hanya mahram??....dan setakat manakah anggota zahir pengantin perempuan yg boleh dilihat semasa majlis bersanding ini??...bolehkah dipamerkan bentuk pinggang, punggung dan dada serta berpakaian yg jarang?? (baju pengantin perempuan hari nie kebanyakkanya ketat2 belaka)
Wassalam
***********************
thtl
Wassalam
Isu #1: Persandingan tertutup
Jawab:
Ia dikembalikan kepada Motif atau Niat. Selalunya mereka melakukan upacara ini kerana memenuhi sebahagian dari desakan keluarga yg amat kuat berpegang dgn Adat. Jika melakukan kerana akur dengan desakan ini, maka ia adalah suatu jalan keluar dengan melakukan secara tertutup. Syara' menerima alasan ini.
Jika ia melakukan dengan niat ingin mengekalkan adat Hindu ini sedangkan dia berkuasa untuk tidak melakukan, maka sesungguhnya dia telah menyintai jahiliyah ke atas iman. (Bersanding dalam adat perkahwinan Melayu adalah sahih dari budaya Hindu menurut kajian YB Dr Amran Kasimin dgn kerjasama Universiti Aberdeen Scotland pada tahun 1987) Buku ini diterbitkan oleh DBP, 1989 (ISBN # 983-62-0883-6)
Isu#2: Apa yg boleh dipamirkan dan siapakah yg boleh hadir?
Sudah tentu ia bergantung kepada mahram yg disebut dalam syara'. Jika mereka benar2 muhrim, maka tidak ada salahnya. Masalahnya: apakah hal ini dapat dikawal?
Rumusan:
Persandingan ala Islam ini baik secara terbuka atau tertutup masih dibolehkan jika :
1. tujuannya ialah bukan bermegah, bertabarruj (solekan ala jahiliyah) menghindari upacara Hinduisme dan bertujuan semata-mata memperkenalkan mempelai kepada yg hadhir.
2. Pengantin (khasnya wanita) menutup aurat dan memperlihatkan perhiasan yg biasa sahaja.
Dr Fatimah Ali, Kajian Kasus Persandingan di kalangan masyarakat Melayu dan pandangan Islam terhadapnya, terbitan Hizbi, syah alam, 1989
Wallahu A'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment