Pengirim: Maryam, kawannya (Maryam) yg baru balik Indon bertanya....
Saya baru balik dari Indonesia setelah berada di sana selama 9 hari. Period saya selalunya 10 hari. Tapi baru-baru ni period saya meningkat ke 12 hari (25 Julai - 06 Ogos), lepas tu suci. 11 Ogos saya tiba di Malaysia (dari Indon), pada malamnya saya melihat darah. Saya teruskan solat spt biasa kerana ingatkan darah istihadhah. Bila tidor malam, saya pakai pantyliner, tapi di waktu pagi saya lihat ia penuh dgn darah merah pekat. Saya meneruskan solat subuh juga. Kemudian saya mula keliru, kemudian tak solat sebab darah kelihatan macam darah haidh.
-------------------al-Jawab:
Dalam madzhab Syafi'iy, waktu maksima haidh ialah 15 hari. Maka jika mengikut madzhab ini, darah yg keluar spt di atas adalah darah haidh.
Manakala Fuqaha' Biladil Haram (KSA), menolak pendapat madzhab yg mengatakan haidh ada batasan minima dan maksima. Waktu haidh boleh bertambah dan berkurang bergantung kepada kpd nature seseorang wanita. Dalam kes di atas, jika kebiasaan anda haidh pada 10 hari dan kemudian bertambah ke 12 hari, maka ia tidak ada masalah. Kemudian suci dan anda mandi, maka itulah sepatutnya. Kemudian anda melihat darah semula dan anda yakin ia adalah haidh, maka ia adalah haidh. Jika anda meyakininya istihadzah, maka ia adalah istihadzah, anda hanya perlu membersihkan kemaluan, berwudhu' dan meneruskan solat dan ibadah2 lain spt biasa
Dalilnya:
AQT 2. 222. Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran".
Ruj:
1. Syaikh allamah Abdul Rahman Nasr al-Sa'adi, al-Irsyad (23-26)
2. Syaikh al-Muhaddith allamah Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin, Majmu' Fatawa wa Rasail Ibn Uthaimiin, 4/277
3. Lajnah Daimah lil Buhuths al-Ilmiyah wal Iftaa' KSA, fatwa no 6908
WA
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment