Jan 27, 2009

Pernikahan dgn Jamil Kecil Sulong

Kategori : Munakahat
Tajuk :
fatwa Berhubung Kesahan Pernikahan Pasangan-pasangan Yang Telah Bernikah Secara Wali Hakim Dengan Bekas Naib Kadi Gopeng Yang Bernama Mohd. Jamil Bin Kechil Selepas Tarikh 22 Julai 1989.
Isu :

Keputusan :

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 10 Jun 1997 buat kali ke 139 memutuskan bahawa pernikahan pasangan-pasangan yang telah bernikah secara Wali Hakim dengan bekas Naib Kadi Gopeng yang bernama Mohd. Jamil bin Kechil selepas tarikh 22.7.1989 adalah tidak sah kerana telah dilarang oleh Kadi yang ketika itu bertindak sebagai wakil sultan.

--------------------
Salam

Permasalahannya

1- Bagaimana status anak bg pasangan yg telah dinikahkan olehNaib Kadi Gopeng tersebut selepas penarikan tauliah wali hakim oleh sultan??

2- Bolehkah bapa si anak mewalikan pernikahan anak itu kelak?

3- Adakah anak tersebut diiktibar sbg anak luar nikah??

Wassalam

***********************************
thtl

Wassalam

Komentar:

al-Ahkam.net tidak boleh mengeluarkan hukum jika melibatkan prosedur nikah-kahwin dalam Negara. Kes-kes perkahwinan dengan mantan Naib Qadhi Gopeng hendaklah segera dirujuk kepada Majlis Agama Islam Perak dan Pejabat Mufti negeri.
Ini kerana pihak kami tidak ada maklumat mengenai apakah ada sindiket Nikah palsu di Gopeng dsbnya. Maka kes-kes spt ini kami serahkan kepada pihak berwajib kerana mungkin melibatkan kes polis dan kes mahkamah syari'ah di Perak.

harap maklum

Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment