Feb 6, 2010

Penetapan Wali Anak Luar Nikah

Postby marhain »

Assalamualaikum,

Saya mempunyai persoalan yang perlu dijawab kerana salah seorang kawan saya akan berkahwin dalam masa terdekat.

Kawan saya dilahirkan diluar nikah iaitu emaknya telah mengandungkan beliau sebelum nikah. Emaknya kemudian telah berkahwin dengan lelaki yang tertanggungjawab mengandungkan anak tersebut. Kawan saya dibintikan dengan lelaki tersebut. hasil perkahwinan emak kawan saya dengan lelaki tersebut secara sah , lahir seorang bayi lelaki. ini bermakna kawan saya mempunyai adik lelaki seibu.( malangnya selepas melahirkan anak lelaki tersebut, lelaki itu kembali ke agama asal iaitu murtad)

persoalannya: bolehkah adik lelaki kawan saya itu mewalikan perkahwinan kawan saya kerana adik lelaki itu merupakan nasabnya yang terdekat atau hanya wali hakim saja yang layak?

harap persoalan ini dapat dijawab dengan segera demi menyelamatkan sebuah keluarga Islam. Terima Kasih


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Kes perempuan itu (kawan saudara) dibintikan kepada lelaki tersebut adalah satu permasalahan. Jika tidak disahihkan nasabnya dengan lelaki tersebut, maka tidak boleh dibintikan kepadanya.

2) Jika tidak sahih nasabnya dengan lelaki tersebut, maka hubungannya dengan adiknya yang lahir selepasnya dari ibunya dan lelaki itu, adalah hubungan adik beradik seibu.

Adik beradik seibu tidak ada hak menjadi wali untuk perempuan tersebut. Ia berpindah kepada wali hakim.

Wallahu A'lam.

13 comments:

Anonymous said...

ustaz, bagaimana pula dengan kawan saya merupakan anak luar nikah dan dibinkan atas nama bapa nya. bagaimana status binti itu? dan apa kah hak anak itu kepada ibu bapanya begitu juga sebaliknya. harap ustaz dapat membantu.

Admin said...

Jika tidak sah nasabnya, dia tidak boleh dibintikan (kalau dia perempuan) pada nama bapanya... sesetengah ulamak menyatakan bapanya dengan dia adalah bukan mahram... dia tidak layak mewarisi harta pusaka bapanya, bapanya tidak boleh menjadi wali nikah... WA

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,sy ada satu kemusykilan.Sy bernikah pd 06.04.08, pd masa itu sy juga telah mengandung ank lelaki yg menukahi sy.pd 07.10.08 bayi itu lahir.Soalan sy adakah ank ini sah berbintikan bapanya,adkah anak ini sah berwalikan bapanya apabila dia ingin bernikah kelak?dan adkah perlu sy bernikah sekali lagi bagi menyucikan diri sy Ustaz?

Admin said...

w'salam,

kalau ikut fatwa mazhab shafie di Malaysia anak tu boleh dinasabkan pada bapanya. Tempoh dari 6/4/08 sampai 7/10/08 melebihi 6 bulan. Nikah anda adalah sah tak perlu menikah semula...

Anda dinasihat supaya bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana perbuatan yang telah terlanjug itu. Pendapat yang kuat dalam soal ini nikah pasangan yang sama yang tidak bertaubat adalah haram hukumnya.

Anonymous said...

ustaz, saya ingin bertanya. kawan saya dilahirkan selepas 4 bulan perkahwinan ibubapanya. adakah dia dikira sebagai anak luar nikah kerana dia dibintikan dengan nama bapa kandungnya yang dinikahi ibunya dan namanya bukan dibintikan dengan Abdullah dan ia tertera di dalam sijil kelahirannya? oleh kerana dia dibintikan dengan bapanya adakah bapanya layak jadi wali perkahwinanya atau adik lelakinya yang lebih layak menjadi walinya?jika benar adik lelakinya lebih layak menjadi walinya dari bapanya bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini ustaz. dia terlampau malu untuk berdepan dengan bakal suami dan keluarga bakal suami yang belum mengetahui hal ini dan bimbang perkahwinannya akan dibatalkan oleh bakal suami selepas die berterus terang mengenai status nya ini.

Anonymous said...

As salam ustaz

Saya beberapa soalan...

1- Saya pernah berkata kepada isteri......

" barang 'ini' untuk awak dan barang 'itu' untuk saya ( barang merujuk kepada sesuatu barang).......

semasa diucapkan saya tidak berniat untuk menceraikannya tetapi merujuk kepada niat jika berlaku penceraian di masa akan datang itulah pembahagiannya...adalah talaq terjatuh.....barang - barang itu masih lagi diguna pakai secara bersama sehingga sekarang tetapi satu telah dibuang kerana telah rosak....

adakah hal ini termasuk dalam talak 'Takli'...........

2- Bolehkah dibatalkan lafaz talak 'Takli' jika telah diucapkan......bagaimanakah caranya?

3- Talak Kinayah akan berlaku jika mempunyai niat.....persoalannya, bilakah berlakunya niat itu, yang dikira sah sesuatu niat itu? Adakah semasa mengucapkan atau sebelumnya lafaz Kinayah? Jika tiada niat sebelumnya atau semasa mengucapkan lafaz kinayah, tetapi beberapa minit kemudianbaru timbul niat, adakah talak Kinayah dikira sah bagi keadaan itu?

4. Adakah jatuh talak jika dilafazkan didalam hati tanpa didengari oleh sesiapa pun?

5. Adakah sah rujuk semasa edah, jika lafaz rujuk juga di dalam hati sahaja?

saya mohon bantuan penjelasan ustaz

sekian, terika kasih.

Admin said...

1. Tidak, pembahagian barang sebegitu bukan lafaz takliq. Lafaz takliq berbunyi "saya ceraikan awak dengan talak 1 jika berlaku sesuatu keadaan tertentu..."

2. Lafaz takliq boleh ditarikh balik atau boleh dibatalkan mnengkut keadaan pada lafaz yang dibuat. Lafaz takliq yg telah ditandatangan semasa akad nikah dulu bermaksud jika anda tinggalkan isteri anda dalam tempoh lebih dari 4 bulan tanpa sebarang nafkah, secara otomatik jatuh talak.

3. Lafaz yang sah adalah lafaz talak yang disertai dengan niat.

4. Talak perlu dilafazkan, lintasan dalam hati tidak dikira talak.

5. Sah rujuk semasa masih dalam iddah.

Anonymous said...

Assalamualikum..ustaz..adakah sah akad nikah menyebut nama perempuan berbintikan bapa saudara (bukan bapa kandung) tetapi wali adalah wali hakim?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,
1)adakah sah akad nikah jika nama perempuan berbintikan bapa (bukan nasabnya)digunapakai semasa akad kerana didalam sijil kelahiran tercatat nama bapa tersebut?
2)adakah perlu ditukarkan sebutan kepada 'abdullah' semasa akad nikah?

AZZAHRAH COLLECTIONS said...

assalamualaikum ustaz..
sy nak tye..sy mmepunyai adk bradik smua perempuan,ayah dan ibu sy juga telah meninggal,jd sy tidak mmpunyai wali dr adk bradik sy..tetapi sy mendapat tahu bahawa arwah ayah sy mmpunyai anak hasil perkahwinan ayah sy dgn istrinya dlu..kira abg tiri sy yakni satu bapa lain ibu..jd dialah yg harus menjadi wali sy kan...tp masalahnya dia duduk jauh dr sy yakni bkn di malaysia...jd mcm mane dye nak jd wali sy ye... adakah sy boleh mencari wali lain??

Anonymous said...

assalammualaikum ustaz..
saya ade satu kemusykilan dgn kawan saya nie..die prnah ade anak luar nikah..tp skarang die dah berkahwin dgn org lain..die bercerita dgn saya bahawa die still bayar duit tanggungan ke atas anak luar nikah tu ustaz sehingga sekarang..setahu saya die sepatutnye tiada ape2 lngsung tanggungan ke atas anak luar nikah tersebut..then die buat mcm tu sebab di ugut oleh keluarga pihak perempuan tersebut jikalau die xbg duit,die akan bocorkan rahsia kepada isterinya..apa pandangan dan nasihat ustaz yg boleh saya sampaikan kepada beliau.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Ustad.Jika seorang wanita telah hamil 4 bulan baru menikah dengan pria yang menghamilinya. kemudian anak yang lahir itu sekarang sudah menikah dan yg menjadi wali nikahnya adalah saudara laki-laki ayah kandungnya. sahkah perkawinan itu?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Ustad. Pernikahan anak gadis dari hasil diluar nikah dan ayah kandung meminta wali hakim mewakili untuk menikahkan, apakah pernikahan itu sah

Post a Comment