Salam
Berikut adalah soalan yang masuk dalam email peribadi saya.
-------
Assalammualaikum w.b.t,
Di sini saya ingin mengemukakan satu soalan berkenaan dengan puasa. Soalan saya ialah, "Apabila sudah berkahwin, perlukan seseorang wanita itu mendapat keizinan daripada suaminya untuk menggantikan puasa?". Ini kerana saya keliru dengan pernyataan daripada salah seorang rakan saya yang mengatakan seorang wanita itu perlu untuk mendapat keizinan suami untuk mengganti puasa. Tetapi bagi pendapat saya, menggantikan puasa itu adalah wajib bagi semua umat Islam dan merupakan rukun Islam ketiga dan juga suruhan-Nya. Jadi mengapa kita perllu meminta keizinan daripada suami. Saya amat berharap pihak tuan dapat menyelesaikan kemusykilan saya ini demi kebaikan saya kelak.
Wassalam
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudari yang bertanya . Lain kali jika ada apa-apa persoalan agama , silalah terus bertanya kepada kami di al-Ahkam melalui Ruangan Kemukakan Soalan Fiqh , bukannya dihantar ke e-mel peribadi mana-mana pengendali web al-Ahkam Onlie . Harap Maklum ye .
Sebelum dibahas perkara ini ( yang biasanya didedahkan di kursus perkahwinan :grin: ) , marilah kita melihat beberapa hadist yang menjadi pembimbing kita di dalam melayari rumah-tangga .
Baginda Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita :
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لِأَزْوَاجِهِنَّ لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنَ الْحَقِّ
[color=blue] Ertinya : “ ….kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang manusia itu agar sujud kepada manusia lain sudah tentu aku akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suami-suami mereka disebabkan Allah Ta’ala telah mewajibkan para suami menunaikan hak ke atas para isteri “[/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh di dalam Kitab an-Nikah .
عن أم المؤمنين سيّدتنا عائشة ( رضي الله عنها ) قالت : #{ " سألت رسول الله ( صلّى الله عليه و آله و صحبه و سلم ) : أيّ الناس أعطم حقا على المرأة ؟ , قال صلّى الله عليه و آله و صحبه و سلم : زوجها , قلت : فأيّ الناس أعظم حقا على الرجل ؟ , قال صلّى الله عليه و آله و صحبه و سلم : أمه " }#
[color=blue] Ertinya : Drp Ibu kepada orang-orang yang beriman , Saidatuna A’isyah r.a beliau pernah berkata : “ Aku pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w : Siapakah manusia yang lebih berhak ditaati bagi seseorang wanita ? . Jawab Baginda s.a.w : “ Suaminya “ . Aku bertanya lagi : Bagi orang lelaki pula siapakah orang yang lebih patut ditaati olehnya ? . Jawab Baginda s.a.w lagi : “ Ibunya “[/color] ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bazzar rh .
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ وَلَا تَأْذَنَ فِي بَيْتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ
[color=blue] Ertinya : Drp Saidina Abu Hurairah r.a , beliau berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Tidaklah halal bagi seseorang isteri itu berpuasa walhal suaminya ada di rumah melainkan dengan izin suaminya dan tidaklah juga halal bagi seseorang isteri itu membenarkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya …. “[/color] ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam Ibnu Majah rh , al-Imam at-Tirmidzie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh .
Mentaati arahan dan kehendak suami adalah kewajipan seorang isteri selagi arahan dan kehendaknya itu TIDAK BERTENTANGAN dengan ajaran Allah Ta’ala ( maksud hadist sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ) .
[color="green"] Persoalan wanita yang berpuasa itu hendaklah kita tinjau drp 2 sudut : [/color]
[color=blue] 1 – Adakah puasa yang hendak dilakukan oleh si isteri itu adalah puasa wajib ? .
2 – Bagaimana pula hukumnya seseorang wanita itu berpuasa sunat tanpa izin drp suaminya ? . [/color]
[color=blue] Pertama : [/color]
Kalau puasa itu puasa wajib seperti puasa Ramadhan , maka sudah tentu dia tidak perlu mendapat keizinan suaminya untuk berpuasa kerana Allah Ta’ala lebih berhak ditaati berbanding suaminya .
Akan tetapi jika puasa wajib itu dilakukan dalam bentuk QADHO’ ( ganti disebabkan si isteri “ datang bulan “ misalnya ketika bulan Ramadhan lepas ) maka ia perlu dilihat pula kepada hal-hal berikut :
i ~ Katakanlah waktu untuk Qadho’ yang dipilih oleh wanita itu adalah bulan Zulqa’edah ( bulan ke-11 drp kalendar Islam ) , maka dia boleh menunda pada bulan berikutnya untuk menqadho’ puasa wajibnya itu .
Ini disebabkan walaupun puasa itu wajib diqadho’ akan tetapi kewajipan itu bersifat luas ( wajib muwassaa’ ) kerana masih ada banyak lagi hari untuk dilakukan qadho’ puasa itu .
Kalau dia hendak juga qadho’ puasa Ramadhannya di bulan Zulqa’edah itu , maka dia perlu dapatkan izin suaminya terlebih dahulu .
Bagi saya ~ bukanlah susah sangat untuk memohon keizinan si suami apatah lagi jika si suami pula jenis “ tidak kisah “ makan di luar sekali-sekala .
Amatlah menghairankan jika ada si suami yang tidak membenarkan isterinya menunaikan kewajipan agama melainkan dah tentu si suami itu jenis suami yang “ jahil mengenai Islam “ dan “ dayus “ .
ii ~ Namun , jika waktu yang hendak diqadho’ puasa itu sudah semakin sikit bakinya sehingga sudah hampir dengan Ramadhan berikutnya ( di tahun baru hijrah mendatang ) , maka diwaktu ini si isteri wajib menggantikan puasa itu walaupun tanpa izin si suami .
Contohnya : Si isteri tertinggal 10 hari puasa di bulan Ramadhan kerana “ lampu merah “ . Dan selepas itu dia tidak pun menggantikan puasa itu melainkan apabila tiba bulan Sya’aban ( bulan sebelum Ramadhan ) . Maka dalam kes ini , si wanita itu wajib memulakan qadho’ puasanya walaupun tanpa izin daripada suaminya . Ini disebabkan dia tidak lagi mempunyai keluasan waktu untuk dia melengah-lengahkan lagi kewajipannya menqadho’ puasanya yang tertinggal .
[color=blue] Nasihat saya : Bagi kaum Hawa , gantilah puasa ramadhan saudari-saudari semua secepat mungkin . Kalau tertinggal 10 hari , maka gantilah sebanyak 3 hari bagi setiap bulan . Jangan bila dah nak masuk Ramadhan mendatang , barulah kelam-kabut di bulan Rejab dan Sya’aban untuk melakukan qadho’ . Jangan buat sebagai mana pepatah orang Perak : “ Itulah kome , nak berok baru korek lubang . Baru padan dengan muke kome tu “ .[/color]
Kedua :
Jika wanita itu hendak berpuasa sunat , maka tidak dapat tidak dia mestilah meminta izin suaminya terlebih dahulu . Ini disebabkan dikhuatiri si suami akan “ mengamuk “ disebabkan “ dapur tidak berasap “ ( disebabkan si isteri berpuasa ) .
Ini dinyatakan sendiri oleh hadist Baginda Rasulullah s.a.w yang mengkhususkan hadist ke-3 di atas :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَصُومُ الْمَرْأَةُ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ يَوْمًا مِنْ غَيْرِ شَهْرِ رَمَضَانَ إِلَّا بِإِذْنِهِ
[color=blue] Ertinya : Drp Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Tidaklah boleh seseorang wanita itu berpuasa sehari pun walhal suaminya ada bersama-sama dengannya melainkan dengan izinnya , KECUALILAH puasa di Bulan Ramadhan ~ [/color] Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie rh di dalam kitab As-Soum .
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment