Jun 29, 2009

Solat Berkemban

Solat berkemban

Soalan:

Bolehkah seorang wanita mendirikan solat dengan berkemban kain batik, lalu menyarung telekung? Ia dalam suasana bersendirian di dalam biliknya.

Ruziana, Butterworth, Pulau Pinang.


Jawapan:

Seorang wanita hendaklah menutup auratnya ketika mendirikan solat. Memakai telekung dapat menutup aurat daripada bahagian rambut di kepala sehinggalah ke pertengahan badannya. Akan tetapi perlu juga diperhatikan kedudukan kaki sebagai aurat kerana lazimnya berkemban dengan kain batik hanya menutupi hingga ke pertengahan betis. Selain itu, berkemban lazimnya akan menampakkan bentuk badan padahal di antara syarat menutup aurat ialah memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan.

Ada pun faktor bersendirian di dalam bilik, maka hendaklah disedari bahawa berpakaian bukan sahaja merupakan etika sesama manusia tetapi juga etika seorang hamba yang sedang menghadap tuhannya. Poin terakhir ini menyebabkan kita tidak membezakan suasana bersendirian atau di khalayak ramai dalam berpakaian ketika melaksanakan ibadah.

2 comments:

Anonymous said...

BagaiMana kalau kain telekung itu tebal dan tidak menampakkan bentuk bdn?, apa hukumnya?,
Terima kasih

Anonymous said...

apakah benar sewaktu rukuk perlu di rapatkan kain telekung ke lutut? atas alasan aurat leher nyr akan nampak?jika telah berusaha menarik kain telekung itu tp tetap tidak berjaya krn khuatir terbatal solat nyr jika terlebih 3x pergerakan?adakah aurat wanita sebegitu teliti?

Post a Comment