Jan 27, 2009

Mahar Al-Mitsl

Salam

soalan dari Ixaura:

assalamualaikum,

saya mencari hukum-hakam feqh mengenai mahar@belanja kahwin dan saya temui satu di http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=23725,

setelah membacanya saya agak keliru sedikit, mungkin kerana kekurangan arif saya dalam permasalahn ini...

berdasarkan apa yang diterangkan,

Quote:
Maskahwin ialah kadar mahar yg ditetapkan oleh Majlis/Pentadbir/Pihak Berwajib

kalau diselangor Rm80 (mahar/maskahwin) yang disebut di dalam akad, dan setahu saya inilah yang wajib diberikan oleh suami sebanyak yang dinytakan atau pun lebih. ia kadangkala diberikan dalam pelbagai bentuk seperti cincin, gelang rantai, rumah , kereta,quran ataupun sebarang harta yang boleh dimanfaatkan.ia menjadi milik pengantin perempuan sepenuhnya saja dan tidak menjadi milik wali, sekalipun wali berhak menerimanya.

mahar/mas kahwin ini yang terbhagi 2-misil dan musamma
misil-mengikut kadar saudara perempuan sebelah isteri yang telah berkahwin.
musamma-mengikut persetujuan kedua pihak.

Quote:
Wang Hantaran ialah Mahar Mitsl yg bermaksud pemberian yg setaraf dgn kedudukan atau status perempuan itu (pelajaran/keturunan dan rupaparasnya) (lihat Prof Dr Haron Din, Fasakh anNikah, Percetakan Watan, KL, 105)

sefahaman saya wang hantaran contoh RM5000, merupakan belanja kahwin yang akan dimiliki sepenuhnya oleh keluarga isteri/walinya, wang ini bisanya digunakan untuk urusan kenduri-kendara dll. pemilikan ini tidak perlu mendapatkan persetujuan pengantin perempuan tadi.

bagaimana ustaz? pohon sedikit penjelasan. terimakasih

_________________
thtl

Wassalam

الجواب :

1. Mahar musamma itu ditetapkan oleh pihak berwajib (Cth: Undang2 kekeluargaan Selangor 1952, mahar musamma di Selangor ialah RM 80)
Ia ditetapkan pada tahun 1952!

2. Mahar mitsl ialah pemberian mengiringi Mahar musamma dan ia adalah mahar di sisi Adat. Ia termasuk wang belanja atau hantaran spt RM 5,000 atau RM 10,000 termasuk cincin berlian, dan hantaran lain 10 dulang.

3. Adapun pihak wali menggunakan wang mahar itu menampung kos kenduri kendara. Ia dibolehkan jika atas kerelaan perempuan itu. Dalilnya:
AQ 4: anNisaa': 04

sekian

0 comments:

Post a Comment