Apakah pandangan Islam berkenaan cerai SMS?
Salam
Jawab:
Isu ini menjadi topik hangat di dada akhbar dalam sehari dua ini dan Pemerintah Tertinggi Malaysia sudah mengarahkan JAKIM meneliti hal ini ekoran keputusan Mahkamah Rendah Syari'ah Gombak Timur dalam keputusannya pada 24 Julai, meluluskan cerai SMS pertama di Malaysia.
Isu cerai SMS sudah heboh di negara2 Arab tahun lepas dan Islam Online pada 21 may 2002 mengeluarkan fatwanya melalui dua orang muftinya: Syaikh Hamid alAli dan Syaikh Ahmed Kutty.
Isunya menjadi heboh kerana masyarakat melihat perceraian itu terlalu simpel dan kelihatan ala Cowboy. Yang sebenarnya ia menggunapakai prosedur sedia ada, yakni Pendaftar Nikah-Cerai akan memanggil suami dan meminta pengesahan lisan darinya. Ini bertepatan dgn Seksyen 47 Akta undang2 keluarga Islam, Wilayah Persekutuan (1984) yg dengan jelas menetapkan, lafaz cerai dalam apa jua bentuk sekalipun (sarih dan kinayah/jelas dan sindiran) yg dilakukan di luar mahkamah adalah suatu kesalahan. Maksudnya jika suami melafazkan dgn lisan atau menggunakan surat atau SMS, kesemuanya menyalahi undang2 Keluarga Islam jika dilakukan di luar mahkamah.
Hukum asal: talak jatuh suratmenyurat termasuk SMS jika pihak Mahkamah berpuashati dgn pengakuan suami di hadapan Hakim.
Isunya: Ia memang benar menjejaskan imej Islam jika tidak ditangani dengan betul. WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Sy bertengkar dgn suami semlm...dan dlm sms nye berbunyik "kalau mcm tu kita bercerai shj lah"
adakah sudah jatuh talak ke ats sy Ustaz?
Post a Comment