Jan 21, 2009

Mengapa Talak Di Tangan Lelaki

Salam

Saya ada soalan buat kesekian kalinya.. Saya teringat pernah terbaca mungkin di ruangan ini atau di ruangan lain (saya tidak berapa pasti) mengenai soal ijma' ulamak mengenai hal cerai talak ditangan suami. Soalnya, adakah ijmak ulama' itu pada hikmah terletaknya talak itu ditangan lelaki.. ataupun ijma' ulama' itu letaknya sepakat mengatakan bhw talak di tangan lelaki?.. adakah ijma' ulama' itu mengatakan yg wanita tidak boleh diberi kuasa talak kerana dia emosi? seorang sahabat saya memberikan reference: maratib al-ijmak Ibn Hazm, yg mengatakan ijmak itu pada hukum, bukannya pada hikmah.. Harapnya pihak ahkam bisa meng'clarify' hal ini.. JZK dan semoga ahkam terus kukuh sbg sumber siber fiqh no 1.
_________________
Salam

Antara sebab kenapa kuasa melafazkan talaq di tangan lelaki ialah:

1. Lelaki dihendaki membayar mahr kepada pihak perempuan apabila ia mengahwininya.

2. Lelaki dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada si isteri zahir dan batin.

3. Ar-Rijal Lu qauwamuna alan Nisaa'... (lelaki itu pemimpin bagi kaum wanita...) Surah An-Nisaa'

4. Emosi atau naluri kewanitaan boleh mempengaruhi wanita dalam membuat keputusan (Surah Al-Luqman) kerana disebabkan mengandung dan haid (kekurangan ibadah).

Atas sebab ini kuasa diberi sepenuhnya kepada lelaki, selain banyak lagi hukum hakam dlm al-quran yang mana menyatakan secara jelas "...ceraikanlah isteri..."(Al-baqarah ayat 236, ayat 241, Al-Ahzab ayat 49)

Kuasa talaq hanya diberi kepada wanita seperti khulq (tebus talak) dan fasakh dengan intervention from Qadhi (pendekata ia bukan kuasa talaq sepenuhnya kpd wanita).

Rujukan:
Fiqh Islami (VII), Wahbah Zuhaili
_________________
Wassalam
Tahqeeq:

Tambahan:

Quote:
semoga ahkam terus kukuh sbg sumber siber fiqh no 1.
Betul ke Survey ni?

Talaq di tangan suami ini bukan saja ijma', tapi sebenarnya ia thabit melalui nas AQ dan alHadis.
Nas AQ seperti yg disebutkan oleh Ust Zayed.
Cth: atTalaq: ayat 1
Nas Hadis: HR Ibn Majah. alDaruqutni, alTabarani dari Ibn Abbas," Sesungguhnya talaq itu bagi lelaki.." (Sunan Ibn Majah:1/672, cetakan Turki)
Ijma' : dari Ibn Hazm, Maratib alIjma', ms 64-65.WA

0 comments:

Post a Comment