Dec 18, 2012

Lafaz Talaq Ta'liq

SJ-12-0376

Submitted by Anonymous 07/11/2011

saya mempunyai masalah yg sama dan telah dibincangkan oleh panel al-ahkam iaitu sdr THTL http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=102&t=16019&p=16752&hilit=taklik#p16752

Masalah saya mmg sama cumanya saya melafazkan begini: "Jika awak(isteri saya) keluar rumah tanpa pakai tudung jatuh" . Maksud jatuh adalah jatuh talak. Bagaimana dengan lafaz begini pula? Dan dari penjelasan dari sdr THTL spt dibawah:

Talaq ini sah menurut jumhur. Ia boleh ditarik balik oleh suami dan oleh kerana ia bukanlah sumpah, maka tidak dikenakan kifarat. Ini kerana ia berlaku pada suami yg muda dan menggunakan ugutan ta’aliq itu utk menakutkan isterinya tapi bukanlah bertujuan menceraikan isterinya. (Fatwa Syria, no 25, Fatwa Mesir, perkara 90). Lafaz taklik spt ini tidak sah menurut Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim, dan dikenakan kiffarat menurut Ibn Taymiyah, tidak dikenakan kifarat sumpah menurut Ibn Qayyim.

saya tidak berjaya meyakinkan isteri saya kerana dia sudah bertanya dengan ustaz lain yg berfikiran fanatik mazhab. Isteri saya nak bawa masalah ini kepada jabatan agama yang saya rasa mungkin tidak membantu secara ilmiah sebab mereka lebih suka membatalkan dan mudah menjatuhkan hukuman tanpa ilmu yg sahih. Saya perlukan seorang ustaz/ulama utk membantu saya menerangkan kepada isteri saya secara lisan. Kami tinggal di Kota Bharu, Kelantan.


===========================
Jawapan:
kamin

Thu, 10/11/2011 - 4:39pm

Re: bab cerai taklik dan rujukan

Assalamu’alaikum

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Talaq yang anda nyatakan adalah Talaq Ta’liq, iaitu Talaq atau cerai yang disabitkan apabila berlaku perlanggaran keatas ta’liq atau syarat. Lafaz Talaq anda adalah lafaz kinayah (sindiran). Pada masa melakukan lafaz tersebut, jika niat anda adalah “cerai”, maka talaq tersebut sah. Akan tetapi jika anda tidak berniat cerai, maka lafaz tadi tidak membawa kepada penceraian.

Jumhur ulama, terutamanya Mazhab empat menerima bahawa cerai Ta’liq merupakan kaedah penceraian yang sah, DAN lafaz tersebut tidak boleh ditarik balik. Ini juga merupakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 1 Jan, 1999 yang menyebut :

“Semua jenis cerai taklik adalah sah dan jatuhlah talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik.” (Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/munakahat?page=5)

Tidak timbul isu fanatik Mazhab disini kerana jumhur ulama’ menerima kaedah Talaq ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah melaporkan diri kepada Pejabat Agama Negeri secepat yang mungkin untuk mendapatkan pengesahan cerai ta’liq dan lafaz kinayah (sindiran) didepan pegawai Jabatan Agama.

Perlu diberi perhatian, bab Nikah-Cerai merupakan kuasa yang diberikan kepada pemerintah, maka apa-apa persoalan mengenai Nikah-Cerai hendaklah dirujuk kepada keputusan fatwa sesebuah negara itu sendiri.

Anda boleh tunjukkan juga pautan diatas mengenai Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kepada isteri anda, dan juga pautan dibawah ini mengenai definisi Cerai Ta’liq.

1. Jabatan kehakiman Syariah Negeri Selangor – Soalan Lazim
http://www.jakess.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=59


2. Bolehkah Lafaz Talaq Ta'liq di Tarik Balik?
http://zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/235-bolehkah-lafaz-talaq-taliq-di-tarik-balik.html


WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين


11 comments:

plain83 said...

talak bukanlah suatu perkara yg boleh dibuat main, gunakanlah akal sebelum melafazkan sesuatu yg tak boleh ditarik balik...sebelum kawin tu eloklah belajar ilmu agama bab rumahtangga tu bebetul dulu, jgn harapkan ilmu dari kursus kawin saja...

Anonymous said...

assalamualaikum.
saya ingin bertanya mengenai lafaz ta'liq. suami saya pernah melafazkan dua lafaz ta'liq sebelum ini, dalam hal ini saya ingin bertanya adakah jatuh talak bagi-bagi lafaz2 tersebut:
1.lafaz pertama:"kemas barang,kita pindah.awak ikut saya,kalau awak tak ikut saya,jatuh satu talak untuk awak"
suami telah bergaduh dengan keluarganya dan memutuskan untuk pindah rumah,perkara ini (isu pindah rumah) berlanjutan sehingga seminggu.akhirnya, suami berkata pada saya :"awak nak pindah tak,kalau nak pindah,bak sini duit".saya mempunyai duit tetapi memutuskan untuk tidak memberinya duit n tidak pindah.adakah telah jatuh talak?
2.lafaz kedua:"kalau awak balik perak ikut mak awak,jatuh talak 3". setelah saya bertanya pada suami, dia berkata niat dia adalah kalau saya balik pada hari sabtu jatuh talak.jadi,saya telah balik bersama ibu saya pada hari jumaat.adakah jatuh talak?

Admin said...

kes Puan ini sangat serious, dinasihatkan merujuka kepada pejabat agama yang berdekatan.

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya ingin bertanya..saya ada b'tengkar dengan suami psal mencari rumah sewa..sya tak nak pindah dari rumah sewa yang sekarang..suami saya ckap..klu sampai hujung bulan ni saya tak cari rumah sewa kita b'pisah..adakah jatuh talak?? mohon jawab..trima ksih..

Anonymous said...

aslmkum...jatuh kah talak apabila suami yg kurg pengetahuan agama mlafazkn pd isterinya dgn gurauan...lafaznya mcm ni 'sy ceraikan awk dan sy khwin ppuan lain' tapi dgn gurauan dan suami trsebut cetek agama...sy nak penjelasan..tma ksh.

Anonymous said...

I for all time emailed this webpage post page to
all my contacts, for the reason that if like to read it afterward my links will
too.

my blog post siftx.Com

Anonymous said...

It's appropriate time to make some plans for the future and it is time to be happy. I have read this post and if I could I wish to suggest you few interesting things or advice. Maybe you can write next articles referring to this article. I want to read more things about it!

my page - telanganafb.com

Unknown said...

Its a good topic choosen by you many muslim havnt proper information about Talaq.Talaq how many time is given in one time is considering one time. am i right or wrong please reply me if have proper information.
online quran explore

jual beli barang bekas kantor said...

artikel nya sangat bermanfaat bagi saya terima kasih
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT

Tara said...

Nice posst

Post a Comment