Dec 22, 2008

Aurat Perempuan Dengan Suami Ibu Saudara

i have some questions.

1) apakah hukum aurat antara seorg wanita dgn bapa saudara yakni suami kepada ibu saudara kandungnya?

2) apakah pula hukum aurat antara wanita dengan sepupu lelakinya yakni anak kepada bapa saudaranya sebelah ayah?


Reply:

1. Bapa saudara itu dikenali dengan bapa saudara thabit dan ia muhrim sementara sebagaimana hadis Bukhari-Muslim dari Abu Hurairah ra," Nabi saw melarang utk memadukan seorang wanita dgn saudara bapanya ('ammatiha) dan saudara ibunya (Khaalatiha)." Menurut alMaududi rh (Tafsir Surah anNuur: ayat 31), apakah wanita itu perlu menutup aurat di hadapan bapa saudara thabit ini bergantung pada banyak faktur, antaranya umur bapa saudara, apakah ia orang yg terhormat, betapa rapatnya hubungan, jika umurnya sudah lanjut, orang yg terhormat dan hubungan kekeluargaan yg rapat, maka dibenar membuka apa yg biasa oleh muhrim yg lain. Jika tidak ada faktur2 itu status bapa saudara thabit ini spt mana ajnabi yg lain.

2. Sepupu adalah jelas walaupun ia diistilahkah kaum kerabat, tapi ia sah nikah dan batas auratnya spt lelaki ajnabi (seluruh tubuh kecuali muka dan dua tangan. WA

2 comments:

Anonymous said...

APAKAH HUKUM AURAT SEBAGAI SEORANG ISTERI KEPADA ANK SAUDARA LELAKI SUAMI,BOLEHKAH BERSALAM,TINGGAL BERDUAAN DI RUMAH SEMENTARA SUAMI PERGI KERJA...?

Anonymous said...

1. apakah hukum aurat bagi seseorang lelaki dengan nenek tiri kepada isterinya.
2. apakah hukum seseorang lelaki dengan "nenek saudara" iaitu ibu saudara kepada ibu sebenar.

Post a Comment