Dec 22, 2008

Wali Yang Fasiq

Assalamu'alaikum,
Saya ingin meminta penjelasan dalam situasi ini:-
Seorang lelaki telah pun bertunang dengan seorang perempuan.Lelaki itu mendapati yang ayah perempuan ini seorang yang engkar dengan perintah Allah SWT. Sering meninggalkan solat,puasa dan kaki nombor ekor. Adakah lelaki (ayah kepada perempuan tersebut) boleh menjadi wali kepada anak perempuannya?
Terima kasih.


Wassalam

Jawab:

Wali fasik tidak sah mewalikan perkawinannya anaknya. Inilah pendapat yg masyhur dalam madzhab Syafi'iy (alHusaini, Kifayah alAkhyar, 50)
Syafi'iyah yg mutakhirin membolehkan kerana sukar membuktikan kefasikan seseorang dan melibatkan maruah keluarga (Sayyid Abd Rahman Mahmud, Bughyah al Murtarsyidin, 203) WA

0 comments:

Post a Comment