Jan 29, 2009

Hukum perkahwinan ahli bait

Hukum perkahwinan ahli bait(syed & syarifah)

Terdapat pelbagai perbahasan ulama dan kontroversi terutama berhubung persoalan kafaah dalam perkawinan.Ada pandangan yang memberatkan dan pandangan ringan.Apa pandangan panel al-ahkam?

************************
thtl

alJawab:

Memang benar istilah kafa'ah (sekufu) itu merupakan istilah yang diperdebatkan, namun pendapat yang rajih (lebih hampir kpd kebenaran) ialah sekufu dalam agama dan akhlak mendapat ranking yang pertama.
Dalil hadith:

"apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu ridhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah (mereka). Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang melata." (sahih atTermidzi, abwabun Nikah, no 865)

Tapi jumhur termasuk alSyafi'iy, faktor-faktor lain diambil kira untuk kebahgiaan pasangan tersebut, antaranya ialah nasab (keturunan), harta dan status sosial (Fathul Bari, 11/ 38-39)

Begitu juga umur. Contohnya, RasuluLlah saw menolak pinangan Abu Bakar dan Umar alKhattab terhadap anaknya Fatimah, tapi menerima pinangan Ali bin Abu Thalib. Ini kerana faktur usia Ali dan Fatimah yang lebih sesuai. (lihat Hashiah Sunan anNasa'iy 6/62, cet Beirut)

Menjawab soalan anda bahawa perkahwinan keluarga sayyid dan syarifah (ahlil bayt) itu ada benarnya kerana disisi jumhur nasab diambil kira. Tetapi di sisi Islam, ranking kafaah yg utama dan pertama ialah agama dan akhlak. Nasab itu adakah termasuk kesempurnaan kerasian dalam pernikahan.

Dalam pemerhatian saya, taboo nasab sayyid dan sharifah ni dah semakin berkurangan kerana zaman sekarang kafaah yg utama ialah faktor sosial yang lain, yakni faktor ekonomi.

sekian

0 comments:

Post a Comment