Jan 27, 2009

Adakah berdosa tak pakai stokin depan abang ipar

saya rasa bersalah tak pakai stokin depan abang ipar.. tapi saya buat begitu kerana merasa agak tak selesa sbb dalam rumah (i.e panas), dan yang kedua saya merasa agak kurang kuat untuk berbuat demikian sbb my family pasti akan mempertanyakan: `kenapa pakai stokin` atau saya sendiri yang teragu-ragu nak buat yang baik.. anyway.. soalan saya adalah :

1) jika perempuan muslim yang tidak dapat dielakkan kena tingggal serumah dgn abg ipar, bapak sedara bukan mahram.. atau mungkin mmg laki bukan ajnabi yang bukan muhrimnya secara mutlak, adakah istilah keringanan pada muslimah itu misalnya boleh tidak memakai stokin?

******************************
thtl

alJawab

Kami merasa kagum dengan sikap anda yang begitu tegar ingin sedaya mungkin melaksanakan syara'. Namun bila melihat kesulitan yang anda hadapi, kami rasa sungguh malang kerana anda tidak berpeluang mendengar fatwa2 dan pendapat para muhaqqiqin (penganalitis yg amat alim) spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani.

Fatwa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah sudah pasti akan menggembirakan anda kerana beliau memberi anda jalan keluar dari belenggu yg memeritkan.

Dalam khilaf mengenai apakah tumit (kaki) perempuan itu urat, aku memilih pendapat Imam Abu Hanifah yg membolehkan wanita menampakkan tumit sebagai pendapat yg lebih kuat kerana Aisyah Ummul Mukminin r.a menjadikan kaki wanita sebagai tempat menzahirkan perhiasan lahir sebagaimana ayat dalam surah anNuur: 31 (janganlah mereka menzahirkan perhiasan kecuali apa yang biasa nampak darinya) Menurut Aisyah wanita di zaman salaf menzahirkan perhiasan kaki spt fatkhah (cincin perak di jari kedua kaki wanita), maksudnya wanita di zaman salaf menzahirkan kaki mereka bersama perhiasan.

(Majmu' Fatawa Juz 22/114-115)

Ini juga pendapat Syaikhul Islam asySyawkani dalam Fathul Qadeer, tafsir anNuur: ayat 31, dan juga Syaikh Siddiq Hasan Khan dalam Naylul Maram tafsir ayat yg sama.

Pendapat Imam Abu Hanifah alasan dibolehkan wanita membuka kaki ialah kerana ujudnya kesulitan bagi mereka disebabkan banyak faktur, bekerja, keluar masuk bilik air dsbnya..
Syarh Fathul Qadir: 1/258-259

Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment