Assalamu'laikum,
Saya pernah dengar org kata ada hadith yg menyebutkan kelebihan suami isteri yang memperolehi anak yang cukup sifat dan meninggal di waktu kecil (lahir meninggal dsbnya) Boleh tak saya tahu status hadith tu.
*****************
ziy@d
Salam
saya petik antara hadith2 mengenai kematian anak. dan ia adalah sahih. dlm syarh sahih muslim, misalnya, Imam an-nawawi meletakkan satu tajuk mengenai kematian anak dan terasa kehilangannya (فضل من يموت له ولد فيحتسبه ). Antara hadith2nya ialah:
Dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “tidaklah seorang muslim ditimpa kematian dgn 2 orang anaknya akan terjilat api neraka sedikit atau banyak, kecuali sebatas pembayaran dgn sumpah.” (Riwayat As-syaikhan dan Al-Baihaqi)
Rasulullah S.A.W bersabda: “tidaklah dua orang muslim (suami isteri) yg ditimpa kematian 3 orang anaknya yg belum baligh kecuali Allah memasukkan kedua nya kedalam syurgaNya dgn keutamaan dan rahmatNya.” Lebih lanjut rasulullah S.A.W bersabda, “Dan mereka berada di depan pintu dari pintu2 syurga, kmdn dikatakan kpd mereka: ‘masuklah kalian ke dlm syurga.’ Mereka menjawab: ‘kami tidak akan masuk hingga kedua orang tua kami datang.’ Lalu dikatakan kpd mereka: ‘masuklah kaloan semua ke dlm syurga bersama bapa dan ibu kalian dgn keutamaan Allah dan rahmatNya.” (riwayat an-nasa’ie dan al-baihaqi)
Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda: “wanita mana saja yg ditimpa kematian 3 orang anaknya menjadikannya sbg tabir penghalang baginya masuk ke dlm neraka. Seorang wanita bertanya, ‘bagaimana pula dgn 2 org anak?’ Baginda S.A.W menjawab, ‘Juga dua orang anak.’ (Riwayat bukhari, muslim dan al-baihaqi)
Wallahu A'lam
Al-maraji':
Syarh Sahih muslim, Imam An-Nawawi
Ahkam janaa'iz wa bid'ihaa, Albani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam...bagaimana pula dengan seorang anak yg meninggal selepas 15 hari dilahirkan..terima kasih...
Post a Comment