Dec 22, 2008

Sentuh Khunsa Batal Wuduk?

assalamualaikum,
1. Adakah batal wudhu' seorang lelaki yang bersentuh dengan pondan.
2. adakah batal wudhu' lelaki atau perempuan yang bersentuh dengan khunsa?


Jawab:

Tidak batal.
Alasan: Tidak ada nas baik dalam alQur'an atau asSunnah yg menyebut nya. Hanya terdapat satu ayat sahaja: alMaidah:06 (...atau kamu menyentuh perempuan) terjemahnya.

Ayat itu dengan jelas hanya menyebut perempuan. Lagipun maksud menyentuh perempuan menurut jumhur (kecuali Syafi'iy) ialah menyentuh dengan syahwat, manakala versi Hanafi menyentuh itu bermaksud jima' (hubungan seks). Allahu a'alam

0 comments:

Post a Comment