Jan 22, 2009

Jatuhkah Talak Secara Gurauan

assalamualaikum...

adakah jatuh talak yg dilafazkan secara gurauan?
mengenainya dalam firman allah surah al baqarah ayat 227. pendapat imam hanafi dan syafie adalah sah @ jatuh talak tersebut berdasarkan beberapa buah hadith tetapi kedua2 hadith tersebut tidak soheh kan?
hadith pertama mengenai tiga perkara....ada seorang yg bernama abd rahman bin hubaib bin azdak yg tidak diiktiraf sebagai perawai
kedua; hadith main2-sanadnya terputus
sekian minta pandangan dari ust2 yg lebih arif..

********************
ziy@d

Salam

1. Kedudukan Hadith

‏ ‏حدثنا ‏ ‏قتيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حاتم بن إسمعيل ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الرحمن بن أردك المدني ‏ ‏عن ‏ ‏عطاء ‏ ‏عن ‏ ‏ابن ماهك ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏‏ ثلاث جدهن جد وهزلهن جد النكاح والطلاق والرجعة ‏
‏قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏هذا ‏ ‏حديث حسن غريب ‏ ‏والعمل على هذا عند أهل العلم من ‏ ‏أصحاب النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏وغيرهم ‏ ‏قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏وعبد الرحمن ‏ ‏هو ‏ ‏ابن حبيب بن أردك المدني ‏ ‏وابن ماهك ‏ ‏هو عندي ‏ ‏يوسف بن ماهك ‏

Dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi, meriwayatkan dari Qutaibah meriwayatkan dari Hatim bin Ismail dari Abdul Rahman bin Irdak Al-Madini dari Atha dari Ibn Mahik dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “3 perkara yg gurauan atau serius dianggap serius: iaitu nikah, talaq dan rujuk.”
(berkata Abu Isa bahawa hadith ini Hasan Gharib. Ia diamalkan dari kalangan ahli ilmu dari sahabat2 nabi S.A.W dan lain2. kata abu isa lagi Abdurrahman ialah Ibn Hubaib bin Irdak al-madini…)

‏قوله : ( هذا حديث حسن غريب ) ‏
‏وأخرجه أبو داود وابن ماجه وأخرجه أيضا الحاكم وصححه وفي إسناده عبد الرحمن بن حبيب بن أردك وهو مختلف فيه . قال النسائي منكر الحديث , ووثقه غيره قال الحافظ فهو على هذا حسن

Mubarakfuri dlm tuhfah al-ahwazi bi syarh Jami’ At-Tirmidzi memberi komentar tentang status hasan gharib :
“Bahawa hadith ini juga dikeluarkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah namun demikian dihukum sahih dan isnad dari Abdurrahman bin hubaib bin irdak masih diperselisihkan kedudukannya. Berkata An-Nasa’ie hadith munkar, dan tsiqah pada yg lain kata al-hafiz mubarakfuri bahawa ia adalah hasan.”

Hadith yg sama juga dikeluarkan oleh Abu Daud:
‏ ‏حدثنا ‏ ‏القعنبي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد العزيز يعني ابن محمد ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الرحمن بن حبيب ‏ ‏عن ‏ ‏عطاء بن أبي رباح ‏ ‏عن ‏ ‏ابن ماهك ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏‏ ثلاث جدهن جد وهزلهن جد النكاح والطلاق ‏ ‏والرجعة ‏

2. Sanad Hadith

Hadith ini bukanlah hadith munqati’ (terputus) sanadnya. Ttp yg munqati’ sanadnya ialah hadith2 yg lain yg mempunyai serupa maksudnya (berbeza lafaz);

وعن عبادة بن الصامت عند الحارث بن أبي أسامة في مسنده رفعه بلفظ : " ثلاث لا يجوز اللعب فيهن الطلاق , والنكاح , والعتاق , فمن قالهن فقد وجبن " . وإسناده منقطع . وعن أبي ذر عند عبد الرزاق رفعه : " من طلق وهو لاعب فطلاقه جائز , ومن أعتق وهو لاعب فعتقه جائز , ومن نكح وهو لاعب فنكاحه جائز " وفي إسناده انقطاع أيضا

Kesimpulannya:
Hadith ini masih lagi boleh diamalkan. Kedudukan Abdurrahman masih lagi diperselisihkan. Wahbah Az-Zuhaili dlm Fiqh Islami menyebut bahawa talaq secara gurauan tetap jatuh. Juga diriwayatkan dari Ibn ABi Syaibah bahawa Umar Al-Khattab R.A menetapkan bahawa talaq secara gurauan tetap jatuh.

0 comments:

Post a Comment